Sunday, May 31, 2009

Raja Nong Chik - Jangan Ambil Mudah Perpaduan

Kuala Lumpur – Aktiviti-aktiviti perpaduan yang diadakan perlu dilaksanakan dengan bersunguh-sungguh agar ia menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan pelbagai kaum di negara ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, selaras dengan konsep Satu Malaysia, program itu bermatlamat meningkatkan kesedaran rakyat berbilang kaum tentang pentingnya perpaduan dan integrasi nasional.

“Ia juga bertujuan membangkitkan kesedaran rakyat supaya menjadikan elemen perpaduan sebagai teras dalam setiap tindakan selain emnjadi medan pertembungan masyarakat pelbagai kaum menerusi aktiviti yang dianjurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Minggu Perpaduan 2009 di Taman Tasik Titiwangsa di sini semalam.

Turut hadir ialah timbalannya, Datuk M. Saravanan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup.

Raja Nong Chik turut menyedarkan golongan belia agar mereka tidak memandang remeh kempen-kempen perpaduan yang dianjurkan. katanya, ia amat penting untuk disertai dan dihayati.

“Pelbagai usaha menyemai semangat perpaduan diperlukan terutama pada masa kini untuk menepis segala elemen tidak bertanggungjawab yang cuba memecah-belahkan perpaduan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa golongan belia agar mengetahui sejarah negara dan mengambil iktibar daripada segala kesilapan yang dilakukan golongan terdahulu.

Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang program sehari itu termasuk acara sukan, memancing, sukaneka dan persembahan pentas yang disertai oleh warga kota.

Kosmo, 31 Mei 2009

Saturday, May 30, 2009

Raja Nong Chik akan berusaha menawan balik Lembah Pantai

Raja Nong Chik yang dikenali sebagai Menteri yang kerap turun padang dan menangani masalah rakyat akan berusaha menawan balik Lembah Pantai untuk membela rakyat. InsyaAllah

-------------------------------------------------------------------------

BN mahu tawan semula Lembah Pantai

KUALA LUMPUR 29 Mei - Parlimen Lembah Pantai akan menjadi kawasan tumpuan utama bagi Barisan Nasional (BN) di Wilayah Persekutuan dalam usaha merampas semula kerusi tersebut daripada parti pembangkang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, usaha itu boleh dibuat dengan cara melipatgandakan program turun padang dan mendekatkan diri dengan akar umbi.

"Saya sendiri akan turun padang sekerap boleh tanpa sebarang protokol.

"Dengan gerak kerja seperti ini saya yakin hati pengundi akan dapat ditawan dan menjadikan kawasan Lembah Pantai milik BN semula," katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra bersama wakil-wakil media di sini.

Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, gerak kerja akar umbi juga melibatkan kawasan lain seperti Wangsa Maju, Titiwangsa, Batu, Segambut dan Bandar Tun Razak yang kini dikuasai pembangkang.

"Kawasan-kawasan ini dahulunya milik BN tetapi dimenangi oleh pembangkang pada pilihan raya lalu.

"BN Wilayah yakin dapat memenangi semula kawasan itu jika usaha turun padang dilakukan secara konsisten," ujarnya .

Terdahulu dalam ucapannya, Raja Nong Chik meminta media di negara ini berperanan sebagai perantara masyarakat dan kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau berkata, liputan meluas media mengenai pembangunan yang dilaksanakan kerajaan akan membolehkan ia diketahui oleh rakyat secara lebih berkesan.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan bekerjasama dengan semua media bagi kepentingan pembangunan masyarakat di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan.

"Pertemuan dengan wakil-wakil media di majlis ini akan menjadi titik tolak kepada jalinan hubungan yang lebih erat antara saya secara peribadi dan pihak kerajaan bersama media," katanya.

Utusan, 30 Mei 2009

Sunday, May 24, 2009

Tiada maaf lagi buatmu, Dr Lo' Lo'

Oleh Muda Mohd Noor

Menteri Wilayah Persekutuan, yang didakwa mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, tidak akan meminta maaf sekali lagi kepada ahli parlimen wanita PAS itu.

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal berkata beliau telah berbuat demikian kepada Dr Lo' Lo' pada hari kejadian, kelmarin, sewaktu lawatan di pasar baru di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

"Sebagai orang Islam saya telah meminta maaf kepada beliau.

"Tetapi saya dimaklumkan Dr Lo' Lo' kata ia tidak ikhlas. Bagaimana dia tahu hati saya?" kata Raja Nong Chik ketika ditemui selepas mesyuarat badan perhubungan Umno Wilayah Persekutuan di ibu negara semalam.

Beliau, ketua bahagian Umno Lembah Pantai, dilantik sebagai timbalan ketua badan perhubungan Wilayah Persekutuan.

"Kalau mempersoalkan orang ikhlas atau tidak ikhlas, (cara) itu sudah tidak betul."

Beliau diminta mengulas dakwaan ahli jawatankuasa PAS itu bahawa menteri berkenaan mengeluarkan kata-kata kurang sopan yang bersifat "gangguan seksual" terhadapnya.

Menurut Dr Lo' Lo', ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata kepadanya:

"Saya turun setiap tempat, takkan nak beritahu awak semua. Ini saya nak pergi tandas, takkan nak beritahu awak, awak nak ikut ke?"

Kata-kata itu didakwa dituturkan kepada Dr Lo' Lo' selepas wakil rakyat wanita itu mempersoalkan kenapa Raja Nong Chik tidak memaklumkan kepadanya tentang program lawatan di pasar baru itu - dalam kawasan parlimen Titiwangsa yang diwakilinya.

Dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam, Dr Lo' Lo' menggesa Raja Nong Chik memohon maaf secara terbuka walaupun mengakui menteri itu telah berbuat demikian secara peribadi kepadanya di tempat tersebut pada hari yang sama.

Wakil rakyat PAS itu juga mempertikaikan kenapa beliau tidak diundang di majlis tersebut walaupun pemimpin-pemimpin Umno bahagian, pegawai kanan kementerian, datuk bandar dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diundang.

Diminta mengulas dakwaan tersebut, senator itu berkata, urusan jemputan dikendalikan oleh DBKL.

"Ini lawatan mengejut, kalau ada orang hendak ikut, itu hak dia," katanya lagi.

"Tetapi dia (Dr Lo' Lo') sebagai ahli parlimen Titiwangsa dan pasar (ini) dalam parlimennya, dia boleh datang, tidak perlu dijemput."


Malaysiakini, 23 Mei

Saturday, May 23, 2009

Sepuluh sekretariat UMNO WP ditubuh

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Mei - Sebanyak 10 sekretariat baru Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan ditubuhkan bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira perbezaan kaum dan fahaman politik.

Penubuhan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, semua ahli jawatankuasa badan perhubungan itu terlibat dalam sekretariat berkenaan dan tiada yang terkecuali.

Menurutnya, UMNO mahu semua pihak memainkan peranan terbaik dan seterusnya merampas kembali semua kawasan yang dimenangi pembangkang.

Sepuluh sekretariat itu adalah Penerangan, Tugas-Tugas Khas, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Belia dan Orang Muda, Kebajikan, Peniaga Kecil, Latihan, Keahlian, Perhubungan Awam dan yang terakhir, Perumahan dan Kependudukan.

"Wilayah Persekutuan merupakan antara kawasan terpenting kerana ia adalah kota kosmopolitan, paling maju dan membangun dengan segala-galanya berlaku di sini.

''Bagi UMNO semua kaum termasuk Melayu, Cina dan India bukan setakat perlu dimajukan tetapi akan dipastikan mendapat pembelaan yang sewajarnya, tanpa perbezaan," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kali pertama badan perhubungan itu sejak beliau dilantik sebagai pengerusinya di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Pada sidang akhbar itu, beliau turut mengumumkan pelantikan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Syed Ali Al Habshee sebagai Setiausaha badan perhubungan berkenaan.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi dilantik sebagai Bendahari dan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah sebagai Ketua Penerangan.

Ditanya sama ada sokongan pengundi Melayu terutamanya golongan muda terhadap UMNO turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, katanya, perkara itu antara agenda yang dibincangkan secara panjang lebar.

Menurut beliau, ia menyentuh mengenai strategi dan pendekatan yang akan digunakan untuk menarik kembali sokongan mereka kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Antara tugas utama Sekretariat Tugas-Tugas Khas nanti adalah membuat penilaian tentang setakat mana Melayu bandar menyokong UMNO dan BN, mereka akan membuat penilaian berkala atau situasi semasa bagi setiap kawasan Parlimen.

"Ia termasuk kekuatan dan kelemahan kita, apa strategi yang perlu diambil untuk menawan semula hati pengundi di kawasan yang kita kalah. Juga bagaimana hendak kukuhkan kedudukan di kawasan yang kita menang," katanya.

Utusan, 23 Mei 2009

Thursday, May 21, 2009

Dr Lo' Lo' membuat spin mengalahkan Yahudi


Hah! Marahnya aku dengan Team Erdogan sorang ni!

Dr Lo' Lo' tiba-tiba mengamuk di Titiwangsa. Katanya Datuk Raja Nong Chik buat gangguan seksual pada dia. Bodohnya dia ni. Raja Nong Chik perli dia sebab sibuk-sibuk berlagak macam Sultan Negara Pasar Datuk Keramat nak busybody suruh Menteri jemput dia ke Majlis -- hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Katanya,

"Sebagai seorang wanita yang terhormat, seorang Wanita Islam yang menjaga syahsyiah diri, saya merasa terhina dan tidak dapat menerima kata-kata tersebut keluar dari mulut seorang Menteri lebih-lebih lagi saya seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Ada ramai rakan-rakan yang berpendapat ini satu bentuk gangguan seksual walau pun tidak berapa jelas tujuan dan maksud kata-kata tersebut dikeluarkan."

Gangguan seksual? Gangguan seksual apa? Dr Lo’ Lo’ belajar memusingkan peristiwa ni dari Yahudi mana? Dr. yang datang Majlis orang tidak dijemput dengan berpakaian sukan sahaja tak hormat Majlis langsung. Sambil Majlis berlangsung di depan rakyat dan pegawai-pegawai menteri beliau kritik menteri. Dr Lo Lo bukan Sultan atau Permaisuri Negeri Titiwangsa yang boleh claim hak atas Titiwangsa. Sultan pun tak buat macam itu di tanah negeri masing-masing. Ada Sultan Perak marah secara umum orang-orang luar yang datang ke Perak untuk berbuat onar di Negerinya. Ada?

Kalau Peniaga Pasar Titiwangsa pun tidak mengherdik Menteri, kenapa Dr Lo Lo yang tiba-tiba datang di hadapan orang ramai mengkritik Menteri. Dr Lo Lo lah yang tak menghormati orang, tak menghormati Majlis dan tak menghormati rakyat.

Nasib baik la Raja Nong Chik ni jenis relaks, dia hanya balas dengan kata-kata sinis je. Kalau Tajuddin Rahman Pasir Salak, mahu ditempelengnya Dr Lo’ Lo’.

Lepas tu membawa cerita gangguan seksual. Apa ini? Dr LoLo sendiri tak rasa ini gangguan seksual. Rakan-rakan yang kata? Siapa? Rakan-rakan PKR? Rakan-rakan puak Erdogan la ni. Dr Lo Lo ni kan Team Erdogan, penyokong Anwar, penentang Tok Guru Haji Hadi. Elok sangat lah tu kalau semua nak ikut orang PKR, kena cucuk hidung ikut je cakap. Eli yang skandal dengan laki orang tu nak dibela pulak, APA NASIB ISTERI BOYFRIEND ELI TU YANG BERUGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU DR HIPOKRIT OI!

Hipokrit sungguh! Orang dah minta maaf sebab berkasar masih mahu bawak cerita bukan-bukan. Cukuplah tu. Apa? NAk cari publisiti untuk bertanding Ketua Muslimat ni ke, nak masuk suratkhabar. Ni taktik Anwar ni cari publisiti. Baguslah tu Dr Erdogan. Kalau muslimat PAS undi Dr semua pun bangang dan suka publisiti murah sama lah 2x5.

Saturday, May 16, 2009

Datuk Raja Nong Chik saran Masjid dan Surau mengumpul dana

Usaha Datuk Raja Nong Chik bergaul dengan jemaah masjid dan surau di ibukota adalah satu usaha murni. Idea Datuk tentang masjid dan surau mengumpul dana sendiri melalui perniagaan amatlah bernas kerana masjid dan surau akan mempunyai dana yang lebih untuk mengembangkan lagi aktiviti-aktiviti mereka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kumpul dana sendiri

KUALA LUMPUR 10 Mei – Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan disarankan agar menjalankan aktiviti perniagaan dan menubuhkan tabung dana sendiri bagi memudahkan aktiviti dan dakwah dijalankan tanpa perlu mengharapkan bantuan kerajaan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat saranan itu kerana melihat ia adalah langkah terbaik bagi menggalakkan orang Islam menjana pendapatan masjid sekali gus menjadikan ia sebagai dana tetap untuk menjalankan aktiviti dan dakwah.

Katanya, pelbagai program boleh dilakukan untuk mengumpul dana berkenaan tanpa menjejaskan persekitaran masjid dan surau yang dibina.

“Masjid bukanlah hanya sebuah rumah ibadat, ia adalah tempat berkumpul dan melakukan aktiviti yang menjuruskan kepada kebaikan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
“Jadi tidak mustahil sekiranya kawasan masjid dan surau boleh dijadikan medan untuk menambah dana masjid itu sendiri dengan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Cafe Al-Ghufran di Masjid Al-Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail di sini semalam.

Raja Nong Chik menambah, pembukaan Cafe Al-Ghufran diharap dapat menjadi contoh kepada jawatankuasa masjid dan surau di kawasan lain bagi mencari inisiatif menyemarakkan fungsi rumah ibadat itu.

Ujarnya, Cafe Al-Ghufran merupakan kafe pertama di Wilayah Persekutuan yang dijalankan oleh jawatankuasa sebuah masjid bagi mengumpul dana mereka sendiri.

“Jika dulu golongan remaja ‘segan’ untuk mendekati kawasan masjid apatah lagi memasuki masjid namun kini mereka akan lebih dekat dengan masjid sekali gus dapat menggalakkan golongan remaja untuk datang.

“Apabila mereka mula berada dekat dengan masjid sekali gus mereka segan untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat di kawasan ini,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang kos pembinaan kafe tersebut, Pengerusi Masjid Al-Ghufran, Hassanuddin Ali berkata, pembinaan kafe yang berkonsepkan tradisional Melayu ini mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan dengan kos melibatkan RM180,000.

Ujarnya, kafe tersebut menyediakan menu istimewa seperti ikan bakar, nasi lemak ayam kampung dan menu masakan barat yang menawarkan harga rendah.

“Kafe ini akan dibuka dari pukul 6 pagi hingga 11.30 malam dan menyediakan pelbagai menu daripada hidangan ala carte hingga bufet.

“Kafe ini boleh memuatkan seramai 400 pengunjung pada waktu malam dan 300 pada waktu siang serta sesuai untuk majlis perkahwinan kerana mampu memuatkan 1,000 pengunjung jika adakan secara bufet.

“Pada mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kafe ini boleh menghubungi talian 019-2203 463,” ujarnya.

Utusan

Thursday, May 14, 2009

Pemuda PAS Wilayah cakap kosong bukan ikhlas nak tolong

Pemuda PAS Wilayah semalam dalam blognya kata Raja Nong Chik membuta tuli buat keputusan tentang kes Pandan Indian Settlement. Macam-macam dikata. Sedangkan pada masa yang sama DBKL dan Kementerian Wilayah termasuk lah Menterinya sibuk cuba mencari jalan terbaik. Lihat artikel di bawah. Orang buat kerja lah, bukan sibuk mengata -- kalau ikhlas nak tolong gunalah saluran yang betul!

Kerajaan, DBKL beri masa lagi

Oleh A.JAILANI ABDULLAH
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Mei – Kerajaan dan Dewan Bandaraya Ku ala Lumpur (DBKL) akhirnya me ngambil pendekatan berlembut da lam menangani isu penduduk se tinggan Jinjang Selatan Tambahan dan Penempatan India Kampung Pandan dengan membenarkan mereka ting gal di situ masing-masing sehingga Jun dan Oktober ini.

Terdapat 17 keluarga di setinggan Jinjang Selatan Tambahan sebelum ini telah diberi notis agar berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda selewat-lewatnya hari ini manakala di Kampung Pandan se banyak 355 keluarga sepatutnya ber pindah sementara ke PPR Kampung Muhibah, Puchong esok.

Datuk Bandar, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, keputusan melanjut kan tempoh akhir pindah kepada penduduk kedua-dua kawasan seting gan itu dibuat oleh kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL.

Bagaimanapun, beliau menegas kan bahawa tempoh kali ini adalah yang terakhir buat penduduk ber kenaan dan tiada lanjutan masa akan diberikan selepas ini.

Penduduk di Jinjang Selatan Tam bahan diarahkan berpindah kerana kawasan mereka tinggal sekarang me rupakan sebahagian daripada projek membina jalan yang akan menghu bungkan Kepong dan Segambut yang bernilai RM24 juta.

“Keengganan mereka berpindah te lah meletakkan DBKL dalam dilema. Kami disalahkan kerana mahu me mindahkan mereka ke tempat lebih baik dan dalam masa yang sama pi hak lain menyalahkan kami kerana projek untuk kepentingan rakyat ter banyak tidak dapat diteruskan.

“Apabila projek tidak boleh dite ruskan, orang akan berkata (mem fitnah) bahawa sesuatu yang salah berlaku dalam DBKL sebab itu projek itu tergendala sedangkan hakikatnya ada halangan-halangan,” katanya da lam pertemuan mingguan bersama wartawan di Menara DBKL 1 di sini hari ini.

Ahmad Fuad berkata, projek jalan itu telah lima bulan lewat dan pi haknya tidak boleh menyalahkan kontraktor kerana ia memang bukan salah mereka.

Katanya, kumpulan keluarga ber kenaan juga bersikap tidak adil ke pada 150 keluarga setinggan lain di kawasan Segambut yang turut ter babit dengan projek membina jalan itu tetapi telah membuat keputusan berpindah ke PPR Batu Muda.

“Jalan itu adalah jalan pintas meng hubungkan Kepong dengan Segam but... sekarang beribu-ribu orang ter paksa bersesak-sesak menggunakan jalan jauh, Jalan Kuching kerana 17 keluarga ini,” katanya.

Katanya, pada cuti sekolah pertenga han bulan ini, beliau akan membawa 17 keluarga berkenaan melawat rumah yang mereka akan dipindahkan.

“Kami harap tiada rayuan lagi yang akan diterima daripada penduduk di kedua-dua kawasan ini.

“Mereka ini duduk di tanah ke rajaan, tiada TOL (lesen menduduki sementara) bermakna mereka duduk secara haram ,” tegasnya.

Bagi kes di Kampung Pandan pula, kata Ahmad Fuad, beliau memberi jaminan bahawa penduduk akan di pindahkan semula ke kawasan itu selepas projek pembinaan rumah pangsa seluas 700 kaki persegi seunit di situ siap.

DBKL bercadang membina 480 unit rumah mampu milik di situ dan projek itu tergendala kerana penduduk tidak percaya dengan janji DBKL ba hawa mereka akan dipindahkan semula ke kawasan itu selepas projek peru mahan itu siap selepas dua tahun.

“Kami cuba menghilangkan stigma pada rumah kos rendah, jadi kami ubah menjadi rumah mampu milik. Kalau dulu keluasannya ialah 650 kaki persegi sekarang kami jadikan 700 kaki persegi seunit.

“Kos pembinaan bagi seunit rumah ialah RM70,000 tidak termasuk kos tanah tetapi DBKL akan menjual ke pada mereka (penduduk Penempa tan India ) dengan harga RM35,000,” jelasnya.

“Kita sudah ada surat aku janji, tidak ada sebab untuk mereka tidak mempercayai saya. Kalau Datuk Bandar berbohong, dia tidak boleh menjadi Datuk Bandar lagi,” tambahnya.

(Utusan)

Lagi satu, kepada Penduduk Kg Pandan Indian Settlement -- kalau nak mintak pertolongan, mintak berbincang, gunalah cara betul, janganlah terjerit-jerit Makkal Sakthi. Ini bukan hal politik. Tak ada budi bahasa langsung.

Raja Nong Chik mengurangkan beban pengguna Pengangkutan Awam

Usaha Raja Nong Chik untuk mengurangkan beban pengguna pengangkutan awam mendapat galakan dari warga kota. Usaha ini harap dapat mengurangkan kesesakan di stesen-stesen pengangkutan awam sekaligus dapat melancarkan perjalanan warga kota. Syabas Datuk!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempah tiket bas ‘on-line’

Oleh NAZARALI SAERIL

KUALA LUMPUR: Pengguna bas ekspres di Hentian Puduraya tidak perlu bersesak lagi membeli tiket bas pada masa akan datang kerana sistem tempahan atau pembelian melalui ‘on-line’ kini dirangka.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, berkata cara berkenaan bukan saja menjimatkan masa, malah mengurangkan kesesakan di sana .

“Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dalam kajian merangka pelan itu. Jika dapat direalisasikan, ia pasti membantu banyak pihak, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar Pengurusan Pentadbiran dan Kesetiausahaan Umno Bahagian Kepong, di Pusat Rekreasi Kepong, di sini, semalam.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid dan timbalannya, Datuk Husin Anuar.

Beliau turut memaklumkan, antara punca kesesakan lalu lintas di sekitar Hentian Puduraya membabitkan bas pelancong tiada permit yang sering berhenti di tepi jalan menurunkan kumpulan pelancong berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya memaklumkan perkara berkenaan kepada kementerian berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap masalah terbabit.

“Kita sudah maklumkan dan harap tindakan tegas dapat dikenakan terhadap bas pelancong haram yang sering berhenti di tepi jalan menurunkan, selain menunggu pelancong.

“Selain itu, masalah lain membabitkan kesesakan di sana , termasuk kaunter tiket bas ekspres yang ditempatkan berhampiran bahu jalan selain teksi serta kenderaan awam mengambil serta menurunkan penumpang,” katanya.

Beliau memaklumkan, antara pelan jangka pendek mengatasi masalah itu ialah meminta bas hanya berhenti 20 minit bagi menurunkan penumpang serta mengadakan laluan khas bagi teksi terus masuk ke Puduraya.

Dalam masa sama, beliau menolak kemungkinan kerajaan akan membina terminal baru menggantikan Puduraya kerana kajian dijalankan setakat ini mendapati, walaupun sesak, lokasi berkenaan paling sesuai.

“Untuk pengguna yang mahu ke utara tanah air, mereka boleh pergi ke Stesen Putra manakala bagi destinasi selatan pula, mereka boleh ke Bandar Tasik Selatan apabila terminal baru siap tidak lama lagi,” katanya.

Harian Metro, 10 Mei

Thursday, May 7, 2009

Raja Nong Chik prihatin terhadap peniaga

Raja Nong Chik nak bantu peniaga tulen? Dengar khabarnya begitulah. Rezeki datang dari perniagaan sememangnya murah dan berkat. Usaha-usaha membantu peniaga memang sepatutnya diberi keutamaan, kerana secara tidak langsung ia akan meningkatkan ekonomi negara yang sedang merudum sekarang.

Ini petikan berita yang saya ambil dari Utusan Malaysia Online.

------------------------------------------------------------------------------------

Hanya peniaga tulen dibantu

Oleh A. JAILANI ABDULLAH
kota@pengarang.utusan.com.my


KUALA LUMPUR 5 Mei - Peniaga kecil Melayu di ibu negara akan dibantu untuk dinaik taraf agar tidak terus berniaga di gerai-gerai kecil sahaja, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Katanya, usaha juga akan dilakukan untuk membantu golongan peniaga untuk menyara hidup yang kini berniaga secara haram.

Namun, tegas beliau, semua usaha membantu itu adalah untuk perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh peniaga Melayu sahaja.

"Memang ramai peniaga Melayu tetapi di belakang mereka orang lain. Mereka mendapat projek tetapi yang untung orang lain.

"Mereka ini bukan peniaga Melayu tulen. Sebelum ini, saya juga adalah golongan peniaga dan saya tahu peritnya kalah kepada peniaga bukan Melayu tulen ini," ujar beliau.

Ujarnya, peniaga kecil Melayu tidak seharusnya dibiarkan terus menjalankan perniagaan di gerai-gerai tepi jalan dan kompleks beli-belah sahaja, sebaliknya perlu diberikan peluang untuk memiliki kedai sendiri.

"Jika terus berniaga di gerai tepi jalan bila hendak maju," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Cawangan Kuala Lumpur ke-8 di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau akan meminta kerjasama agensi-agensi kerajaan lain untuk memastikan peniaga Melayu mempunyai aset kekal di ibu negara.

"Sudah sampai masanya kepercayaan diberikan kepada peniaga Melayu untuk memiliki premis yang disewa, contohnya daripada UDA Holdings seperti di Kompleks Pertama.

"Berniaga di dalam kompleks ini mempunyai risiko tapak perniagaan diambil balik, sewa dinaikkan dan sebagainya.

"Alasan bahawa takut untuk menjual lot kedai kepada peniaga bumiputera kerana mereka akan menjualnya semula kepada bangsa lain adalah tidak logik lagi... dulu mungkin tetapi sekarang orang Melayu telah berubah," tegasnya.

Raja Nong Chik berkata, beliau juga akan memberi tumpuan kepada kawasan yang ramai orang Melayu untuk membantu mereka menjalankan perniagaan yang berdaya saing.

"Kawasan-kawasan seperti di Kampung Baru, Lembah Keramat, Kampung Pandan contohnya, sudah lama dihuni oleh orang Melayu tetapi perniagaan mereka lebih tertumpu kepada membuka gerai.

"Jika dipindahkan ke bangunan yang cantik pula, kawasan itu mungkin tidak strategik dan mereka kehilangan pelanggan.

"Infrastruktur untuk menjalankan perniagaan di kawasan ini juga akan diperkemaskan," katanya.

Jelas beliau, oleh itu, kajian yang teliti perlu dilakukan terlebih dahulu agar bantuan dan perancangan ke atas golongan peniaga kecil Melayu ini tidak menjejaskan perniagaan mereka.

Katanya lagi, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga sedang melakukan kajian untuk memberikan lesen kepada peniaga sara diri yang terdiri daripada golongan susah, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) yang selama ini berniaga secara haram.

"Ada antara mereka yang berniaga satu atau dua jam di tepi jalan seperti menjual nasi lemak dan sebagainya untuk menyara keluarga. Mereka ini akan diberikan lesen.

"Perbincangan sedang dilakukan terhadap cara untuk mempercepatkan pengeluaran lesen, menghapuskan kerenah birokrasi dan sebagainya," jelas beliau yang menjangkakan hal itu akan diselesaikan dalam masa tiga bulan.

-Utusan

--------------------------------------------------------------------------------------

Tidak cukup dengan bantuan kebajikan kepada golongan kurang mampu di sekitar KL, kini bantuan dan kesenangan peniaga pula mendapat perhatian Raja Nong Chik.

Monday, May 4, 2009

Raja Nong Chik hendak atasi masalah banjir

Raja Nong Chik bukan sehari dua tinggal kat KL dan sebagai orang KL, cerita-cerita mengenai KL pasti dah lali di telinga Raja Nong Chik. Dari cerita setinggan, jalan rosak hinggalah cerita Plaza Rakyat hendak dinaiktaraf. Ini saya dengar cerita mengenai masalah banjir dan masalah banjir ni bukan cerita baru. Bukan satu tempat atau dua tempat di KL yang hadapi masalah banjir ni malah kalau buat tabung banjir, tak sempat berat tabung tu dah kena beri kepada mangsa banjir. 

Jadi, ini salah satu masalah yang terpaksa Raja Nong Chik hadapi, dan sebagai permulaan beberapa langkah telah beliau ambil sebagai langkah pencegahan dan untuk membantu mangsa dan bakal mangsa banjir. 

Ini berita lanjut saya ambil dari Utusan Malaysia Online.

--------------------------------------------------------------------------------

Usaha atasi banjir langkah berterusan

KUALA LUMPUR 1 Mei - Kementerian Wilayah Persekutuan bersama agensi-agensi kerajaan yang lain terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memastikan langkah-langkah pencegahan banjir dilaksanakan secara berterusan.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beberapa langkah pencegahan banjir jangka pendek dan panjang telah dan sedang dirancang bagi tujuan tersebut.

Antaranya, kata beliau, ialah menambahkan ketinggian tembok sedia ada di beberapa bahagian Sungai Gombak serta jumlah kolam takungan banjir di seluruh ibu negara.

"Semua langkah ini adalah untuk memastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan selesa,'' katanya selepas majlis penyerahan cek Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara kepada mangsa-mangsa banjir kilat Kampung Periok, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini, semalam.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nazrul Fazami Mohamad.

Pada majlis itu, sebanyak 58 keluarga mangsa banjir kilat dari kawasan terlibat menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 daripada kumpulan wang amanah itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, berbanding negara lain, Malaysia mempunyai satu sistem pengurusan bencana yang amat baik.

Ini, katanya, dapat dilihat daripada kewujudan Mekanisme Pengurusan Bantuan Bencana yang menetapkan tanggungjawab kerajaan bukan setakat mengurus bencana ketika kejadian berlaku, tetapi turut merangkumi usaha-usaha pemulihan.

Sementara itu, salah seorang penerima, Musalmah Marzuki, 63, berkata, sumbangan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanannya selepas kejadian banjir kilat pada 3 Mac lalu.

Katanya, akibat kejadian itu, dia menanggung kerugian termasuk kerosakan harta-benda yang dianggarkan mencecah ribuan ringgit.

Turut melahirkan rasa gembira ialah ibu kepada tujuh anak, Rasidah Yaakob, 40, yang sudah menetap lebih 10 tahun di kawasan itu.

Dia yang juga seorang surirumah menyifatkan sumbangan itu sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

"Walaupun jumlahnya tidak sebanyak kerugian yang ditanggung, kami tetap bersyukur dengan sumbangan ini,'' ujarnya.

Seorang penerima lain, Muhammad Hazrin Kamal, 27, tidak terkecuali mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa bersedia membantu golongan bernasib baik.

Sambil melahirkan rasa syukur, wang tersebut, katanya, akan digunakan untuk membeli keperluan bagi menggantikan barangan yang rosak akibat kejadian itu.

-------------------------------------------------------------------------------------

Memang penat jadi Menteri Wilayah Persekutuan, tidak cukup dengan masalah setinggan, masalah Plaza Rakyat dan Hentian Puduraya, ini pula masalah mengenai banjir. Kadang-kadang saya terfikir bijak tindakan Najib lantik menteri wilayah persekutuan dari kalangan orang awam, bukan saja senang dekati rakyat malah cara fikir pun demi kepentingan orang awam, seperti Raja Nong Chik.