Wednesday, August 5, 2009

Setinggan dan Raja Nong Chik

Tanda seorang manusia yang baik ialah bagaimana dia melayan dan bergaul dengan golongan yang paling daif, paling susah.

Tanda seorang pemimpin yang baik pula ialah, bagaimana dia masih dapat bergaul dan melihat sendiri kehidupan rakyat yg paling miskin. Cara terbaik ialah dengan cara turun padang.

Masa mula-mula dulu, ramai yg mengatakan Raja Nong Chik baru naik, sebab tu lah rajin turun padang. Alhamdulillah, selepas 100 hari pun, dan dgn berbagai KPI utk dikejar, beliau masih sempat melihat sendiri kedaan hidup rakyat.

Ini penting utk pemimpin supaya mereka tidak lupa diri.

Gambar-gambar ini saya ambil dari flickr raja nong chik.

Lawatan kerja ke setinggan Kg. Ceti, Jalan Kelang Lama, 11 Julai 2009







Lawatan kerja ke Setinggan Simpang 3, Jalan Pantai Dalam, 11 Julai 2009



Tuesday, August 4, 2009

Raja Nong Chik terangkan anggaran kerugian 100 juta ekoran tunjuk perasaan

Semua pun kecoh lah bila Raja Nong Chik anggarkan kerugian mencecah 100-200 juta. Yg pasal org susah nak berniaga, jualan turun, org datang dr jauh semata-mata nak beli persiapan kahwin tapi tk dapat sebab kedai tutup, itu semua para pendemonstran tak peduli. Peduli apa org susah. Bagi PR agaknya, sapa yg tak join demonstrasi mereka bukan rakyat agaknya.

Ini jawapan Raja Nong Chik tentang anggaran 100 juta beliau yg cuba dijadikan isu.

FEDERAL Territories Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yesterday clarified that his estimate of between RM100 million and RM200 million losses due to Saturday’s anti-ISA demonstration was not merely referring to immediate business losses suffered by the traders and big department stores but also took into consideration the potential drop in the tourist dollar, as well as loss in investments.

Raja Nong Chik told Malay Mail: “I was referring to the overall loss to the country. The demonstration was highlighted all over the world and this would serve to hinder future investments.

“We are trying to promote Malaysia as an investment centre for property and for international companies to set up headquarters here. But many corporations may rather go to Singapore now although it is more expensive because it is safer.

“As it is, tourist arrivals have dropped 50 per cent. This should have been the best time to encourage Middle Eastern tourists to come to Kuala Lumpur in view of the coming month of Ramadan and Hari Raya Aidilfitri.

This will affect the arrivals of not just international tourists but locals as well.

“Of course, immediate business losses on that day alone would not have amounted to that much but probably around RM5 (million) to RM10million,” he said.

As for allegations that many traders would not have had to close shop or incur damage if the police had not used water cannons and tear gas, the FT Minister said: “If they (demonstrators) had not instigated the police or fire department, maybe this would not have happened. I am sure there was some instigation. I am not trying to defend anyone but you cannot just blame one side for it, probably both sides.”

He added that the demonstration would not have been featured internationally had it not been an active demonstration.

“In fact, the government had more to lose by this if it got out of hand and things shown on television were not good, while the Opposition gained a lot of mileage from this coverage,” he said.

As for the exact losses suffered at the affected locations, Raja Nong Chik said he had asked his officers to meet traders to assess damage as well as ask traders to submit their estimated losses.

“Give me a week,” he said.

(Malay Mail)


Apa pun kita sokong raja nong chik sebab kena bgtau sikit bodoh-bodoh ni yg buat kerja tak pikir org lain. Agaknya depa semua org senang makan gaji yg cuti hari Sabtu jadi boleh buat kecoh kat tempat lain.

Monday, August 3, 2009

Raja Nong Chik jamin Kawasan Rekreasi Tetap Dipertahankan

Semalam, hari Ahad, Raja Nong Chik turun ke Bandar Run Razak selepas menghadiri perasmian Floria 2009 di Putrajaya. Selepas Bandar Tun Razak, beliau ke PWTC pula untuk majlis UMNO Segambut. Begitulah seorang pemimpin yg bertanggungjawab, mesti rajin turun. Sambil dlm kereta pula beliau gunakan masa untuk membaca laporan pegawai atau berinteraksi dengan masyarakat secara langsung menjawab facebook.

Apa pun, yg menariknya semalam ialah jaminan Datuk raja nong chik untuk kekalkan kawasan riadah. Bagi saya, nukan saja patut kekalkan, tapi patut ditambah di semua tempat. DBKL kena kreatif - kalau tak cukup tempat utk padang besar, atau dewan, kenalah DBKL keluar duit sewa gudang dsb nya. Kalau pihak swasta boleh buat, DBKL juga boleh

Desa Tasik – Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin member jaminan bahawa kawasan riadah bagi penduduk di kawasan ini seperti mana yang telah dijanjikan akan dipertahankan.


Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang timbul daripada wakil penduduk di sini Datuk Amil Salleh pada Karnival 1 Malaysia yang berlangsung di sini semalam.


Katanya, beliau akan berusaha mempertahankan kawasan rekreasi ini seperti mana yang telah dijanjikan pihak pemaju dan akan mengkaji hal ini secepat mungkin.


“Saya akan minta pihak pemaju berkenaan agar tunaikan janji mereka kepada penduduk di sini dan bagi lain-lain masalah yang dibangkit ini akan saya kaji secepat yang mungkin,” katanya.


Beliau berkata, mengenai masalah bangunan flat yang tidak dicat akan dirujuk secepat mungkin dan penyelenggaraan bagi flat di bawah kerajaan baginya tiada masalah perkara itu diluluskan.


Namun, katanya, bagi flat swasta ia mungkin mempunyai komplikasi kerana perlu berhubung dengan kementerian lain dan beliau memerlukan masa untuk berbincang dengan Kementerian Perumahan Tempatan dalam mencari jalan penyelesaian.


Pada masa yang sama wakil penduduk turut menyerahkan tiga memorandum kepada Meteri Wilayah untuk memanjangkan masalah mereka agar ada jalan penyelesaiannya.


Antara memorandum yagn diserahkan termasuklah, ketiadaan kawasan rekreasi di sini seperti mana yang telah dijanjikan dan termaktub di dalam Pelan DBKL 2020.


Manakala, memorandum kedua pula adalah berhubung masalah penempatan penjaja di sini untuk dipindahkan ke Kompleks Penjaja Desa Tasik yang masih belum dapat dilihat lagi.


Seterusnya, memorandum ketiga kepada raja nong chik ialah permasalahan, flat yang usang tidak diselenggara dan dicat hampir 20 tahun.

(SINAR)

Sunday, August 2, 2009

Raja Nong Chik isytihar Jual 45,000 rumah PPR

Akhirnya sesuatu yang dijanjikan sekian lama dan ditunggu-tunggu akan jadi kenyataan, terima kasih pada kepimpinan efektif dan cekap di pringkat nasional bawah DS Najib dan di peringkat Wilayah di bawah Raja Nong CHik.

Kalau dulu janji-janji kosong kerajaan pasal kes beli rumah PPR lah yang banyak menyebabkan ramai pengundi KL terutama yang banyak PPR macam lembah pantai menukar undi dari mengundi BN selama ini ke mengundi pembangkang.

Harap kecekapan barisan baru ini dilihat oleh rakyat.

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Penghuni kira-kira 45,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang selama ini menyewa akan diberi peluang membeli unit kediaman mereka itu secara berperingkat mulai November ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, harga yang ditawarkan kepada penyewa nanti akan diputuskan oleh Kabinet.

"Harganya memanglah di bawah harga pasaran dan menarik yang akan memberi peluang kepada mereka membeli rumah khususnya di kawasan Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Victoria Institution di sini hari ini.

Raja Nong Chik berkata, golongan ibu tunggal dan berpendapatan rendah akan diberi keutamaan membeli unit-unit rumah PPR berkenaan.

"Golongan lelaki dan wanita yang sudah lanjut usia tetapi belum berkahwin juga akan diberi peluang membeli rumah itu.

"Kalau ikut syarat sekarang mereka tak layak sebab mereka tak ada keluarga, tapi saya rasa golongan ini perlu juga diperjuangkan, tapi had umur mungkin 45 tahun ke atas," katanya.

Bagaimanapun, kata Raja Nong Chik tindakan tegas termasuk hilang kelayakan membeli rumah akan dikenakan kepada penyewa rumah PPR yang menyewakan rumah mereka kepada rakyat asing.

Saturday, August 1, 2009

Datuk Raja Nong Chik hulur sumbangan pada mangsa mendapan tanah San Peng



Cayalah Raja Nong Chik ni. Sempat jugak tu. Petang rabu dua hari lepas saya join lah Facebook hour Raja Nong Chik yg dibuat setiap Rabu. Facebook hour ni ialah satu jam di mana dia berkomunikasi solid direct dgn rakyat Wilayah, berbincang dengan mereka dan menjawab terus soalan mereka. Yang bestnya Rabu ni jugak hari kabinet meeting pada waktu pagi dan sudah tentu post-kabinet di Kementerian masing-masing pd waktu ptg. Tapi menurut member kat Kementerian Wilayah, mmg Raja Nong Chik akan make sure semua meeting habis sebelum sebelum pukul 6 supaya dia sempat solat jap dan buat Facebook hour dia. Power.

Anyway, tetiba je Rabu belum 6.50 dia dah nak gerak dah. La, rupa-rupanya dari Putrajaya nak berkejar ke San Peng, nak bagi bantuan yg kat atas tu.



Bagus betul Ketua Bahagian aku ni. Bangga la pulak. Hidup raja Nong Chik!