Semoga titik perubahan positif di PWTC Kuala Lumpur ini membawa kesan positif kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara kita yang tercinta, hendaknya...
16/10/2009
KUALA LUMPUR 16 Okt — Perhimpunan Agung Umno 2009 yang tamat hari ini berakhir dengan semangat baru ke arah perubahan budaya dan sikap anggotanya untuk memenangi hati dan fikiran rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Meskipun Umno melakukan pindaan perlembagaan, terutama berhubung proses pemilihan parti semasa Perhimpunan Agung Khasnya semalam, pemikiran anggota dan pemimpinnya bukanlah ke arah pemilihan parti pada 2012.
Umno, yang menjadi tunjang parti pemerintah Barisan Nasional (BN), sedang menyiapkan diri untuk menghadapi percaturan politik lebih besar iaitu pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan sebelum Mac 2013, mengambil iktibar pengalaman pilihan raya umum tahun lepas yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, empat negeri dan gagal menawan Kelantan.
Umno dan BN, pada Februari lepas bagaimanapun mengambilalih pentadbiran Perak selepas tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas dan mengikrarkan sokongan kepada BN. Umno mendengar dan memahami kehendak rakyat: Berubah atau Ditukar.
Justeru, perhimpunan agung selama dua hari itu fokus kepada membetulkan keadaan parti sendiri daripada menyerang parti-parti lawan.
- BERNAMA
WARISAN KALAHKAN UMNO DI SABAH
6 years ago
No comments:
Post a Comment