Showing posts with label DBKL. Show all posts
Showing posts with label DBKL. Show all posts

Monday, August 3, 2009

Raja Nong Chik jamin Kawasan Rekreasi Tetap Dipertahankan

Semalam, hari Ahad, Raja Nong Chik turun ke Bandar Run Razak selepas menghadiri perasmian Floria 2009 di Putrajaya. Selepas Bandar Tun Razak, beliau ke PWTC pula untuk majlis UMNO Segambut. Begitulah seorang pemimpin yg bertanggungjawab, mesti rajin turun. Sambil dlm kereta pula beliau gunakan masa untuk membaca laporan pegawai atau berinteraksi dengan masyarakat secara langsung menjawab facebook.

Apa pun, yg menariknya semalam ialah jaminan Datuk raja nong chik untuk kekalkan kawasan riadah. Bagi saya, nukan saja patut kekalkan, tapi patut ditambah di semua tempat. DBKL kena kreatif - kalau tak cukup tempat utk padang besar, atau dewan, kenalah DBKL keluar duit sewa gudang dsb nya. Kalau pihak swasta boleh buat, DBKL juga boleh

Desa Tasik – Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin member jaminan bahawa kawasan riadah bagi penduduk di kawasan ini seperti mana yang telah dijanjikan akan dipertahankan.


Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang timbul daripada wakil penduduk di sini Datuk Amil Salleh pada Karnival 1 Malaysia yang berlangsung di sini semalam.


Katanya, beliau akan berusaha mempertahankan kawasan rekreasi ini seperti mana yang telah dijanjikan pihak pemaju dan akan mengkaji hal ini secepat mungkin.


“Saya akan minta pihak pemaju berkenaan agar tunaikan janji mereka kepada penduduk di sini dan bagi lain-lain masalah yang dibangkit ini akan saya kaji secepat yang mungkin,” katanya.


Beliau berkata, mengenai masalah bangunan flat yang tidak dicat akan dirujuk secepat mungkin dan penyelenggaraan bagi flat di bawah kerajaan baginya tiada masalah perkara itu diluluskan.


Namun, katanya, bagi flat swasta ia mungkin mempunyai komplikasi kerana perlu berhubung dengan kementerian lain dan beliau memerlukan masa untuk berbincang dengan Kementerian Perumahan Tempatan dalam mencari jalan penyelesaian.


Pada masa yang sama wakil penduduk turut menyerahkan tiga memorandum kepada Meteri Wilayah untuk memanjangkan masalah mereka agar ada jalan penyelesaiannya.


Antara memorandum yagn diserahkan termasuklah, ketiadaan kawasan rekreasi di sini seperti mana yang telah dijanjikan dan termaktub di dalam Pelan DBKL 2020.


Manakala, memorandum kedua pula adalah berhubung masalah penempatan penjaja di sini untuk dipindahkan ke Kompleks Penjaja Desa Tasik yang masih belum dapat dilihat lagi.


Seterusnya, memorandum ketiga kepada raja nong chik ialah permasalahan, flat yang usang tidak diselenggara dan dicat hampir 20 tahun.

(SINAR)

Saturday, August 1, 2009

Datuk Raja Nong Chik hulur sumbangan pada mangsa mendapan tanah San Peng



Cayalah Raja Nong Chik ni. Sempat jugak tu. Petang rabu dua hari lepas saya join lah Facebook hour Raja Nong Chik yg dibuat setiap Rabu. Facebook hour ni ialah satu jam di mana dia berkomunikasi solid direct dgn rakyat Wilayah, berbincang dengan mereka dan menjawab terus soalan mereka. Yang bestnya Rabu ni jugak hari kabinet meeting pada waktu pagi dan sudah tentu post-kabinet di Kementerian masing-masing pd waktu ptg. Tapi menurut member kat Kementerian Wilayah, mmg Raja Nong Chik akan make sure semua meeting habis sebelum sebelum pukul 6 supaya dia sempat solat jap dan buat Facebook hour dia. Power.

Anyway, tetiba je Rabu belum 6.50 dia dah nak gerak dah. La, rupa-rupanya dari Putrajaya nak berkejar ke San Peng, nak bagi bantuan yg kat atas tu.



Bagus betul Ketua Bahagian aku ni. Bangga la pulak. Hidup raja Nong Chik!

Monday, July 27, 2009

Lagi ulasan positif untuk Senator Datuk Raja Nong Chik di Internet - kali ini dari insan TiongHua

Sebagai pendukung UMNO bahagian lembah pantai, kita bangga apabila ketua bahagian kita rajanongchik terima ulasan positif dalam dunia maya. Saya terjumpa penulisan ini oleh seorang yang bernama Low Keen Wai dari Blog SungaisiputBoy.

Ia mengenai Facebook Datuk Raja Nong Chik.



Thursday, July 16, 2009
Respectful Federal Territories Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


Raja Nong Chik Facebook Here

Since appointed as Minister in Najib cabinet line up, FEDERAL Territories Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Raja Nong Chik) have pledge to have facebook session on every Wednesday 6.00PM ~ 7.00PM. To date the live facebook session is still much alive.

I always follow his facebook session to see what KL folks concern about and how did Raja Nong Chik answer to all question....meaning all uncensored question directly from public. He actually answer very well. He also promised to further reply on most question which need him to investigate...

On 24 June 2009 I have send Raja Nong Chik a message regarding illegal restaurant at main entrance to Bukit Jalil recreation park (beside Sri Petaling LRT station. For me it is a public utility abuse by the management and the owner of restaurant....

Raja Nong Chik replied was he will investigate the matters and thanks for raising the matters....a typical answer from any polite government servants RITE.

Yet today received Facebook message inform Raja Nong Chik have replied my question.... Below is the transcript;

Soalan:

Low Keen Wai at 6:18pm June 24
Salam Bahagia Dato,

Ingin meminta perhatian Dato' mengenai Gerai "Illegal" di pintu masuk utama Taman riadah Bukit Jalil (Sebelah Sri Petaling LRT station).

Pintu utama masuk taman sesak, penuh asap (masak), Container 20' di tengah tengah dan ada pula kemudahan Karaoke. Yang lebih sakit hati, kolam sudah busuk(bahan sisa gerai).

Saya selalu bersenam di sana tetapi kini sudah 2 minggu saya tak ingin ke sana kerana bau busuk dan persekitaran yang bising.

Mohon perhatian baik dato

Jawapan:

Low Keen Wai, tks atas maklumat. DBKL telah membuat siasatan di tapak pada 1 Julai 2009. Didapati penjaja tersebut mendapat kebenaran menyewa kiosk daripada Perbadanan Stadium Merdeka.

Penjaja tersebut telah memohon lesen sebelum ini tetapi ditolak kerana tidak memasang perangkap sisa minyak. Beliau telah memohon semula lesen pada 1 Julai 2009 & memaklumkan bahawa 2 perangkap sisa minyak telah dipasang. Beliau juga berjanji untuk memastikan kebersihan premis.

DBKL akan sentiasa memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Maklumbalas dari tuan & orang awam juga amat dihargai di dalam membantu DBKL menjalankan tugasnya dengan berkesan.Harap Mr Low dapat meneruskannya.Tks

What can you say anymore...At least I feel satisfied after spending time to raise a complaint to government. And for the first time i really feel the enforcement really do something about it!
Posted By Sarjan low at 12:00 AM
Labels: Datuk Raja Nong Chik

Tuesday, July 21, 2009

Pegawai Penguat Kuasa Kanan DBKL sound towkey bas

Laporan dr Utusan. Ulasan saya selepas artikel Utusan.

KUALA LUMPUR 16 Julai – Pengusaha bas awam di ibu negara diminta turun padang dan melihat sendiri kerenah pemandu mereka ketika di jalan raya sebelum menyalahkan pihak berkuasa yang menyaman pemandu terbabit kerana melakukan kesalahan.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa Kanan DBKL, Ashari Ahmad berkata, pengusaha bas tidak akan tahu perangai pemandu mereka jika hanya duduk di pejabat dan mendengar cerita dari sebelah pihak.

“Tidak perlu sertai operasi kami tetapi cukup dengan meninjau sendiri sikap pemandu yang mereka upah,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Bersepadu Pengangkutan Awam dan Perdagangan (Ops Halang) di sini semalam.

Operasi siri lima itu membabitkan empat pihak berkuasa iaitu DBKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen.

Ia membabitkan 23 pegawai dan anggota dan diadakan di lima lokasi utama iaitu Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Tun H.S Lee, Lebuh Pudu, Jalan Hang Kasturi dan Jalan Silang.

Dalam operasi itu, walaupun pemandu bas terbabit menggunakan khidmat tonto, mereka masih gagal mengelak daripada dikenakan saman oleh pihak berkuasa.

Sebanyak 94 saman dikeluarkan sepanjang dua jam Ops Halang itu iaitu 54 saman oleh DBKL, 38 oleh PDRM dan dua lagi oleh JPJ.

Antara kesalahan yang dilakukan oleh pemandu bas ialah berhenti terlalu lama dan meletak kenderaan awam di garisan kuning sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas.

Dalam operasi itu juga, DBKL turut menunda sebuah kereta yang membuat halangan dengan diletakkan di garisan kuning.

Ashari berkata, jumlah notis kali ini menunjukkan peningkatan berbanding operasi sebelum ini dan ia dipercayai hasil perancangan terperinci yang dilakukan oleh pihaknya termasuk dari segi ketepatan waktu.

Tambahnya, operasi itu bertujuan mendidik pemandu bas dan teksi supaya mematuhi undang-undang jalan raya demi kebaikan dan keselesaan semua pihak.

Beliau berkata, statistik lengkap operasi itu akan dihantar ke Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk tindakan susulan terhadap pengusaha bas.

(Utusan)


Betul. Pesalahlaku nombor satu tak lain ialah MetroBus. Kenapa lah LPKP tak nak ambil tindakan lebih tegas?

Thursday, May 7, 2009

Raja Nong Chik prihatin terhadap peniaga

Raja Nong Chik nak bantu peniaga tulen? Dengar khabarnya begitulah. Rezeki datang dari perniagaan sememangnya murah dan berkat. Usaha-usaha membantu peniaga memang sepatutnya diberi keutamaan, kerana secara tidak langsung ia akan meningkatkan ekonomi negara yang sedang merudum sekarang.

Ini petikan berita yang saya ambil dari Utusan Malaysia Online.

------------------------------------------------------------------------------------

Hanya peniaga tulen dibantu

Oleh A. JAILANI ABDULLAH
kota@pengarang.utusan.com.my


KUALA LUMPUR 5 Mei - Peniaga kecil Melayu di ibu negara akan dibantu untuk dinaik taraf agar tidak terus berniaga di gerai-gerai kecil sahaja, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Katanya, usaha juga akan dilakukan untuk membantu golongan peniaga untuk menyara hidup yang kini berniaga secara haram.

Namun, tegas beliau, semua usaha membantu itu adalah untuk perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh peniaga Melayu sahaja.

"Memang ramai peniaga Melayu tetapi di belakang mereka orang lain. Mereka mendapat projek tetapi yang untung orang lain.

"Mereka ini bukan peniaga Melayu tulen. Sebelum ini, saya juga adalah golongan peniaga dan saya tahu peritnya kalah kepada peniaga bukan Melayu tulen ini," ujar beliau.

Ujarnya, peniaga kecil Melayu tidak seharusnya dibiarkan terus menjalankan perniagaan di gerai-gerai tepi jalan dan kompleks beli-belah sahaja, sebaliknya perlu diberikan peluang untuk memiliki kedai sendiri.

"Jika terus berniaga di gerai tepi jalan bila hendak maju," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Cawangan Kuala Lumpur ke-8 di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau akan meminta kerjasama agensi-agensi kerajaan lain untuk memastikan peniaga Melayu mempunyai aset kekal di ibu negara.

"Sudah sampai masanya kepercayaan diberikan kepada peniaga Melayu untuk memiliki premis yang disewa, contohnya daripada UDA Holdings seperti di Kompleks Pertama.

"Berniaga di dalam kompleks ini mempunyai risiko tapak perniagaan diambil balik, sewa dinaikkan dan sebagainya.

"Alasan bahawa takut untuk menjual lot kedai kepada peniaga bumiputera kerana mereka akan menjualnya semula kepada bangsa lain adalah tidak logik lagi... dulu mungkin tetapi sekarang orang Melayu telah berubah," tegasnya.

Raja Nong Chik berkata, beliau juga akan memberi tumpuan kepada kawasan yang ramai orang Melayu untuk membantu mereka menjalankan perniagaan yang berdaya saing.

"Kawasan-kawasan seperti di Kampung Baru, Lembah Keramat, Kampung Pandan contohnya, sudah lama dihuni oleh orang Melayu tetapi perniagaan mereka lebih tertumpu kepada membuka gerai.

"Jika dipindahkan ke bangunan yang cantik pula, kawasan itu mungkin tidak strategik dan mereka kehilangan pelanggan.

"Infrastruktur untuk menjalankan perniagaan di kawasan ini juga akan diperkemaskan," katanya.

Jelas beliau, oleh itu, kajian yang teliti perlu dilakukan terlebih dahulu agar bantuan dan perancangan ke atas golongan peniaga kecil Melayu ini tidak menjejaskan perniagaan mereka.

Katanya lagi, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga sedang melakukan kajian untuk memberikan lesen kepada peniaga sara diri yang terdiri daripada golongan susah, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) yang selama ini berniaga secara haram.

"Ada antara mereka yang berniaga satu atau dua jam di tepi jalan seperti menjual nasi lemak dan sebagainya untuk menyara keluarga. Mereka ini akan diberikan lesen.

"Perbincangan sedang dilakukan terhadap cara untuk mempercepatkan pengeluaran lesen, menghapuskan kerenah birokrasi dan sebagainya," jelas beliau yang menjangkakan hal itu akan diselesaikan dalam masa tiga bulan.

-Utusan

--------------------------------------------------------------------------------------

Tidak cukup dengan bantuan kebajikan kepada golongan kurang mampu di sekitar KL, kini bantuan dan kesenangan peniaga pula mendapat perhatian Raja Nong Chik.

Monday, May 4, 2009

Raja Nong Chik hendak atasi masalah banjir

Raja Nong Chik bukan sehari dua tinggal kat KL dan sebagai orang KL, cerita-cerita mengenai KL pasti dah lali di telinga Raja Nong Chik. Dari cerita setinggan, jalan rosak hinggalah cerita Plaza Rakyat hendak dinaiktaraf. Ini saya dengar cerita mengenai masalah banjir dan masalah banjir ni bukan cerita baru. Bukan satu tempat atau dua tempat di KL yang hadapi masalah banjir ni malah kalau buat tabung banjir, tak sempat berat tabung tu dah kena beri kepada mangsa banjir. 

Jadi, ini salah satu masalah yang terpaksa Raja Nong Chik hadapi, dan sebagai permulaan beberapa langkah telah beliau ambil sebagai langkah pencegahan dan untuk membantu mangsa dan bakal mangsa banjir. 

Ini berita lanjut saya ambil dari Utusan Malaysia Online.

--------------------------------------------------------------------------------

Usaha atasi banjir langkah berterusan

KUALA LUMPUR 1 Mei - Kementerian Wilayah Persekutuan bersama agensi-agensi kerajaan yang lain terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memastikan langkah-langkah pencegahan banjir dilaksanakan secara berterusan.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beberapa langkah pencegahan banjir jangka pendek dan panjang telah dan sedang dirancang bagi tujuan tersebut.

Antaranya, kata beliau, ialah menambahkan ketinggian tembok sedia ada di beberapa bahagian Sungai Gombak serta jumlah kolam takungan banjir di seluruh ibu negara.

"Semua langkah ini adalah untuk memastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan selesa,'' katanya selepas majlis penyerahan cek Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara kepada mangsa-mangsa banjir kilat Kampung Periok, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini, semalam.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nazrul Fazami Mohamad.

Pada majlis itu, sebanyak 58 keluarga mangsa banjir kilat dari kawasan terlibat menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 daripada kumpulan wang amanah itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, berbanding negara lain, Malaysia mempunyai satu sistem pengurusan bencana yang amat baik.

Ini, katanya, dapat dilihat daripada kewujudan Mekanisme Pengurusan Bantuan Bencana yang menetapkan tanggungjawab kerajaan bukan setakat mengurus bencana ketika kejadian berlaku, tetapi turut merangkumi usaha-usaha pemulihan.

Sementara itu, salah seorang penerima, Musalmah Marzuki, 63, berkata, sumbangan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanannya selepas kejadian banjir kilat pada 3 Mac lalu.

Katanya, akibat kejadian itu, dia menanggung kerugian termasuk kerosakan harta-benda yang dianggarkan mencecah ribuan ringgit.

Turut melahirkan rasa gembira ialah ibu kepada tujuh anak, Rasidah Yaakob, 40, yang sudah menetap lebih 10 tahun di kawasan itu.

Dia yang juga seorang surirumah menyifatkan sumbangan itu sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

"Walaupun jumlahnya tidak sebanyak kerugian yang ditanggung, kami tetap bersyukur dengan sumbangan ini,'' ujarnya.

Seorang penerima lain, Muhammad Hazrin Kamal, 27, tidak terkecuali mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa bersedia membantu golongan bernasib baik.

Sambil melahirkan rasa syukur, wang tersebut, katanya, akan digunakan untuk membeli keperluan bagi menggantikan barangan yang rosak akibat kejadian itu.

-------------------------------------------------------------------------------------

Memang penat jadi Menteri Wilayah Persekutuan, tidak cukup dengan masalah setinggan, masalah Plaza Rakyat dan Hentian Puduraya, ini pula masalah mengenai banjir. Kadang-kadang saya terfikir bijak tindakan Najib lantik menteri wilayah persekutuan dari kalangan orang awam, bukan saja senang dekati rakyat malah cara fikir pun demi kepentingan orang awam, seperti Raja Nong Chik.