Showing posts with label projek perumahan rakyat. Show all posts
Showing posts with label projek perumahan rakyat. Show all posts

Sunday, August 2, 2009

Raja Nong Chik isytihar Jual 45,000 rumah PPR

Akhirnya sesuatu yang dijanjikan sekian lama dan ditunggu-tunggu akan jadi kenyataan, terima kasih pada kepimpinan efektif dan cekap di pringkat nasional bawah DS Najib dan di peringkat Wilayah di bawah Raja Nong CHik.

Kalau dulu janji-janji kosong kerajaan pasal kes beli rumah PPR lah yang banyak menyebabkan ramai pengundi KL terutama yang banyak PPR macam lembah pantai menukar undi dari mengundi BN selama ini ke mengundi pembangkang.

Harap kecekapan barisan baru ini dilihat oleh rakyat.

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Penghuni kira-kira 45,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang selama ini menyewa akan diberi peluang membeli unit kediaman mereka itu secara berperingkat mulai November ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, harga yang ditawarkan kepada penyewa nanti akan diputuskan oleh Kabinet.

"Harganya memanglah di bawah harga pasaran dan menarik yang akan memberi peluang kepada mereka membeli rumah khususnya di kawasan Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Victoria Institution di sini hari ini.

Raja Nong Chik berkata, golongan ibu tunggal dan berpendapatan rendah akan diberi keutamaan membeli unit-unit rumah PPR berkenaan.

"Golongan lelaki dan wanita yang sudah lanjut usia tetapi belum berkahwin juga akan diberi peluang membeli rumah itu.

"Kalau ikut syarat sekarang mereka tak layak sebab mereka tak ada keluarga, tapi saya rasa golongan ini perlu juga diperjuangkan, tapi had umur mungkin 45 tahun ke atas," katanya.

Bagaimanapun, kata Raja Nong Chik tindakan tegas termasuk hilang kelayakan membeli rumah akan dikenakan kepada penyewa rumah PPR yang menyewakan rumah mereka kepada rakyat asing.

Friday, July 31, 2009

Penjaja Kecil dan Penghuni PPR dapat berita gembira. Alhamdulillah.

Kata datuk raja nong chik -- "Kerajaan kita hari ini bukanlah kerajaan yang bersifat 'tahu segalanya' tapi kerajaan yang mendengar suara hati serta rintihan rakyat".

Beliau berkata begitu berikutan DS Najib mengisytiharkan 11 langkah membantu rakyat. 2 darinya berkenaan Wilayah -- penjaja kecil di WP dapat 50% diskaun bagi bayaran lesen dan Penghuni PPR boleh beli rumah yg mereka sewa sekarang.



Baguslah begitu. Kita harap bukan saja ini berterusan tapi langkah-langkah membantu rakyat ditambah dan ditambah lagi. Kita yakin jika keadaan ini berterusan, maka raja nong chik walaupun baru jadi menteri insyaAllah akan diingati rakyat Wilayah Persekutuan sebagai Menteri yang prihatin, rajin turun padang, mesra rakyat dan cekap bekerja.