Raja Nong Chik bukan sehari dua tinggal kat KL dan sebagai orang KL, cerita-cerita mengenai KL pasti dah lali di telinga Raja Nong Chik. Dari cerita setinggan, jalan rosak hinggalah cerita Plaza Rakyat hendak dinaiktaraf. Ini saya dengar cerita mengenai masalah banjir dan masalah banjir ni bukan cerita baru. Bukan satu tempat atau dua tempat di KL yang hadapi masalah banjir ni malah kalau buat tabung banjir, tak sempat berat tabung tu dah kena beri kepada mangsa banjir.
Jadi, ini salah satu masalah yang terpaksa Raja Nong Chik hadapi, dan sebagai permulaan beberapa langkah telah beliau ambil sebagai langkah pencegahan dan untuk membantu mangsa dan bakal mangsa banjir.
Ini berita lanjut saya ambil dari Utusan Malaysia Online.
--------------------------------------------------------------------------------
Usaha atasi banjir langkah berterusan
KUALA LUMPUR 1 Mei - Kementerian Wilayah Persekutuan bersama agensi-agensi kerajaan yang lain terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memastikan langkah-langkah pencegahan banjir dilaksanakan secara berterusan.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beberapa langkah pencegahan banjir jangka pendek dan panjang telah dan sedang dirancang bagi tujuan tersebut.
Antaranya, kata beliau, ialah menambahkan ketinggian tembok sedia ada di beberapa bahagian Sungai Gombak serta jumlah kolam takungan banjir di seluruh ibu negara.
"Semua langkah ini adalah untuk memastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan selesa,'' katanya selepas majlis penyerahan cek Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara kepada mangsa-mangsa banjir kilat Kampung Periok, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini, semalam.
Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nazrul Fazami Mohamad.
Pada majlis itu, sebanyak 58 keluarga mangsa banjir kilat dari kawasan terlibat menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 daripada kumpulan wang amanah itu.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, berbanding negara lain, Malaysia mempunyai satu sistem pengurusan bencana yang amat baik.
Ini, katanya, dapat dilihat daripada kewujudan Mekanisme Pengurusan Bantuan Bencana yang menetapkan tanggungjawab kerajaan bukan setakat mengurus bencana ketika kejadian berlaku, tetapi turut merangkumi usaha-usaha pemulihan.
Sementara itu, salah seorang penerima, Musalmah Marzuki, 63, berkata, sumbangan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanannya selepas kejadian banjir kilat pada 3 Mac lalu.
Katanya, akibat kejadian itu, dia menanggung kerugian termasuk kerosakan harta-benda yang dianggarkan mencecah ribuan ringgit.
Turut melahirkan rasa gembira ialah ibu kepada tujuh anak, Rasidah Yaakob, 40, yang sudah menetap lebih 10 tahun di kawasan itu.
Dia yang juga seorang surirumah menyifatkan sumbangan itu sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.
"Walaupun jumlahnya tidak sebanyak kerugian yang ditanggung, kami tetap bersyukur dengan sumbangan ini,'' ujarnya.
Seorang penerima lain, Muhammad Hazrin Kamal, 27, tidak terkecuali mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa bersedia membantu golongan bernasib baik.
Sambil melahirkan rasa syukur, wang tersebut, katanya, akan digunakan untuk membeli keperluan bagi menggantikan barangan yang rosak akibat kejadian itu.
-------------------------------------------------------------------------------------
Memang penat jadi Menteri Wilayah Persekutuan, tidak cukup dengan masalah setinggan, masalah Plaza Rakyat dan Hentian Puduraya, ini pula masalah mengenai banjir. Kadang-kadang saya terfikir bijak tindakan Najib lantik menteri wilayah persekutuan dari kalangan orang awam, bukan saja senang dekati rakyat malah cara fikir pun demi kepentingan orang awam, seperti Raja Nong Chik.
No comments:
Post a Comment