Thursday, May 14, 2009

Raja Nong Chik mengurangkan beban pengguna Pengangkutan Awam

Usaha Raja Nong Chik untuk mengurangkan beban pengguna pengangkutan awam mendapat galakan dari warga kota. Usaha ini harap dapat mengurangkan kesesakan di stesen-stesen pengangkutan awam sekaligus dapat melancarkan perjalanan warga kota. Syabas Datuk!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempah tiket bas ‘on-line’

Oleh NAZARALI SAERIL

KUALA LUMPUR: Pengguna bas ekspres di Hentian Puduraya tidak perlu bersesak lagi membeli tiket bas pada masa akan datang kerana sistem tempahan atau pembelian melalui ‘on-line’ kini dirangka.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, berkata cara berkenaan bukan saja menjimatkan masa, malah mengurangkan kesesakan di sana .

“Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dalam kajian merangka pelan itu. Jika dapat direalisasikan, ia pasti membantu banyak pihak, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar Pengurusan Pentadbiran dan Kesetiausahaan Umno Bahagian Kepong, di Pusat Rekreasi Kepong, di sini, semalam.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid dan timbalannya, Datuk Husin Anuar.

Beliau turut memaklumkan, antara punca kesesakan lalu lintas di sekitar Hentian Puduraya membabitkan bas pelancong tiada permit yang sering berhenti di tepi jalan menurunkan kumpulan pelancong berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya memaklumkan perkara berkenaan kepada kementerian berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap masalah terbabit.

“Kita sudah maklumkan dan harap tindakan tegas dapat dikenakan terhadap bas pelancong haram yang sering berhenti di tepi jalan menurunkan, selain menunggu pelancong.

“Selain itu, masalah lain membabitkan kesesakan di sana , termasuk kaunter tiket bas ekspres yang ditempatkan berhampiran bahu jalan selain teksi serta kenderaan awam mengambil serta menurunkan penumpang,” katanya.

Beliau memaklumkan, antara pelan jangka pendek mengatasi masalah itu ialah meminta bas hanya berhenti 20 minit bagi menurunkan penumpang serta mengadakan laluan khas bagi teksi terus masuk ke Puduraya.

Dalam masa sama, beliau menolak kemungkinan kerajaan akan membina terminal baru menggantikan Puduraya kerana kajian dijalankan setakat ini mendapati, walaupun sesak, lokasi berkenaan paling sesuai.

“Untuk pengguna yang mahu ke utara tanah air, mereka boleh pergi ke Stesen Putra manakala bagi destinasi selatan pula, mereka boleh ke Bandar Tasik Selatan apabila terminal baru siap tidak lama lagi,” katanya.

Harian Metro, 10 Mei

No comments:

Post a Comment