Showing posts with label Menteri Wilayah Persekutuan. Show all posts
Showing posts with label Menteri Wilayah Persekutuan. Show all posts

Thursday, February 18, 2010

Serve people is our top priority

Do you aware about the news about the housing issue at Sentul? Well, it has been quite an issue when the developer did something rude.

Here's the news article.

Saturday February 13, 2010

Developer under fire

By BAVANI M and PRIYA MENON
metro@thestar.com.my

FEDERAL Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin has lashed out at YTL Land and Development Bhd for snubbing his deputy, Datuk M. Saravanan, whom he tasked with resolving the housing problems of the poor in Sentul.

“What they did is rude,’’ Nong Chik told StarMetro.

Nong Chik was responding to a report in a local daily that YTL preferred to discuss the matter (housing issue) with the FT Minister instead.

“He (Saravanan) has been delegated the job and he has my full support. They (YTL) can come and see me if they want, but to say they no longer want to deal with Saravanan on the matter is disrespectful.

“We are all here to do a job — and that is to serve the people. It is our top priority,” Nong Chik added.

At a meeting with Kg Railway residents on Wednesday, Saravanan said he felt betrayed after the developers of Kampung Railway, Sentul Raya Sdn Bhd (SRSB) sent a message stating that no future proceedings would be conducted with his department with regard to Kampung Railway in Sentul. SRSB is a sister company of YTL.

“I received an SMS stating they would deal only with FT Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin even after I’d stopped a second rally by the Kampung Railway residents because they (developer) agreed to settle matters,” he added.

Saravanan claimed SRSB was buying time to delay the building of the promised low-cost units.

Saravanan said during his meeting with residents in Bandar Baru on Jan 10, the residents had said they would hold monthly protests if the developer did not build the homes.

They had held a protest in December 2009 in front of the YTL office in Jalan Bukit Bintang.

“I cannot stop these people any more. I did it the last time and now they are holding me responsible for it,” Saravanan said.

He also said the problem was not political but concerned the promise made to the poor people 16 years ago when the Sentul Raya developer agreed to build 2,448 low-cost units for the former Keretaapi Tanah Melayu (KTMB) workers.

SRSB took over the project after the original developer, Taiping Consolidated, failed to complete it.

“Our stand is clear: the developer has to build the low-cost units in the Batu area. If they think I am with the people, they should realise the minister is, too,” he added.

During the meeting, residents also questioned SRSB’s failure to meet and discuss the problem with them. They also wanted the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) to look into the hygiene problem in the area.

“Rubbish is strewn everywhere while the cement washed out from the factory in the area flows to our homes.

“Our standard of living has dropped drastically. The DBKL came but nothing has happened,” village head Darshan Singh said.

Saravanan, in response, said he would send officers from all relevant departments, including the Health Department, to check on the matter.

“I will also ask them to determine the suitability of a cement factory in Kampung Railway as there are housing areas, schools and a house of worship there,” he added.

The residents also asked the DBKL not to issue the Development Order (DO) for the D7 commercial project until the problem was solved, but Saravanan said he would have to check to make sure such action was not against the law.

Source: the star

Sunday, August 2, 2009

Raja Nong Chik isytihar Jual 45,000 rumah PPR

Akhirnya sesuatu yang dijanjikan sekian lama dan ditunggu-tunggu akan jadi kenyataan, terima kasih pada kepimpinan efektif dan cekap di pringkat nasional bawah DS Najib dan di peringkat Wilayah di bawah Raja Nong CHik.

Kalau dulu janji-janji kosong kerajaan pasal kes beli rumah PPR lah yang banyak menyebabkan ramai pengundi KL terutama yang banyak PPR macam lembah pantai menukar undi dari mengundi BN selama ini ke mengundi pembangkang.

Harap kecekapan barisan baru ini dilihat oleh rakyat.

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Penghuni kira-kira 45,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang selama ini menyewa akan diberi peluang membeli unit kediaman mereka itu secara berperingkat mulai November ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, harga yang ditawarkan kepada penyewa nanti akan diputuskan oleh Kabinet.

"Harganya memanglah di bawah harga pasaran dan menarik yang akan memberi peluang kepada mereka membeli rumah khususnya di kawasan Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Victoria Institution di sini hari ini.

Raja Nong Chik berkata, golongan ibu tunggal dan berpendapatan rendah akan diberi keutamaan membeli unit-unit rumah PPR berkenaan.

"Golongan lelaki dan wanita yang sudah lanjut usia tetapi belum berkahwin juga akan diberi peluang membeli rumah itu.

"Kalau ikut syarat sekarang mereka tak layak sebab mereka tak ada keluarga, tapi saya rasa golongan ini perlu juga diperjuangkan, tapi had umur mungkin 45 tahun ke atas," katanya.

Bagaimanapun, kata Raja Nong Chik tindakan tegas termasuk hilang kelayakan membeli rumah akan dikenakan kepada penyewa rumah PPR yang menyewakan rumah mereka kepada rakyat asing.

Saturday, May 16, 2009

Datuk Raja Nong Chik saran Masjid dan Surau mengumpul dana

Usaha Datuk Raja Nong Chik bergaul dengan jemaah masjid dan surau di ibukota adalah satu usaha murni. Idea Datuk tentang masjid dan surau mengumpul dana sendiri melalui perniagaan amatlah bernas kerana masjid dan surau akan mempunyai dana yang lebih untuk mengembangkan lagi aktiviti-aktiviti mereka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kumpul dana sendiri

KUALA LUMPUR 10 Mei – Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan disarankan agar menjalankan aktiviti perniagaan dan menubuhkan tabung dana sendiri bagi memudahkan aktiviti dan dakwah dijalankan tanpa perlu mengharapkan bantuan kerajaan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat saranan itu kerana melihat ia adalah langkah terbaik bagi menggalakkan orang Islam menjana pendapatan masjid sekali gus menjadikan ia sebagai dana tetap untuk menjalankan aktiviti dan dakwah.

Katanya, pelbagai program boleh dilakukan untuk mengumpul dana berkenaan tanpa menjejaskan persekitaran masjid dan surau yang dibina.

“Masjid bukanlah hanya sebuah rumah ibadat, ia adalah tempat berkumpul dan melakukan aktiviti yang menjuruskan kepada kebaikan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
“Jadi tidak mustahil sekiranya kawasan masjid dan surau boleh dijadikan medan untuk menambah dana masjid itu sendiri dengan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Cafe Al-Ghufran di Masjid Al-Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail di sini semalam.

Raja Nong Chik menambah, pembukaan Cafe Al-Ghufran diharap dapat menjadi contoh kepada jawatankuasa masjid dan surau di kawasan lain bagi mencari inisiatif menyemarakkan fungsi rumah ibadat itu.

Ujarnya, Cafe Al-Ghufran merupakan kafe pertama di Wilayah Persekutuan yang dijalankan oleh jawatankuasa sebuah masjid bagi mengumpul dana mereka sendiri.

“Jika dulu golongan remaja ‘segan’ untuk mendekati kawasan masjid apatah lagi memasuki masjid namun kini mereka akan lebih dekat dengan masjid sekali gus dapat menggalakkan golongan remaja untuk datang.

“Apabila mereka mula berada dekat dengan masjid sekali gus mereka segan untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat di kawasan ini,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang kos pembinaan kafe tersebut, Pengerusi Masjid Al-Ghufran, Hassanuddin Ali berkata, pembinaan kafe yang berkonsepkan tradisional Melayu ini mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan dengan kos melibatkan RM180,000.

Ujarnya, kafe tersebut menyediakan menu istimewa seperti ikan bakar, nasi lemak ayam kampung dan menu masakan barat yang menawarkan harga rendah.

“Kafe ini akan dibuka dari pukul 6 pagi hingga 11.30 malam dan menyediakan pelbagai menu daripada hidangan ala carte hingga bufet.

“Kafe ini boleh memuatkan seramai 400 pengunjung pada waktu malam dan 300 pada waktu siang serta sesuai untuk majlis perkahwinan kerana mampu memuatkan 1,000 pengunjung jika adakan secara bufet.

“Pada mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kafe ini boleh menghubungi talian 019-2203 463,” ujarnya.

Utusan

Thursday, May 14, 2009

Raja Nong Chik mengurangkan beban pengguna Pengangkutan Awam

Usaha Raja Nong Chik untuk mengurangkan beban pengguna pengangkutan awam mendapat galakan dari warga kota. Usaha ini harap dapat mengurangkan kesesakan di stesen-stesen pengangkutan awam sekaligus dapat melancarkan perjalanan warga kota. Syabas Datuk!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempah tiket bas ‘on-line’

Oleh NAZARALI SAERIL

KUALA LUMPUR: Pengguna bas ekspres di Hentian Puduraya tidak perlu bersesak lagi membeli tiket bas pada masa akan datang kerana sistem tempahan atau pembelian melalui ‘on-line’ kini dirangka.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, berkata cara berkenaan bukan saja menjimatkan masa, malah mengurangkan kesesakan di sana .

“Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dalam kajian merangka pelan itu. Jika dapat direalisasikan, ia pasti membantu banyak pihak, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar Pengurusan Pentadbiran dan Kesetiausahaan Umno Bahagian Kepong, di Pusat Rekreasi Kepong, di sini, semalam.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid dan timbalannya, Datuk Husin Anuar.

Beliau turut memaklumkan, antara punca kesesakan lalu lintas di sekitar Hentian Puduraya membabitkan bas pelancong tiada permit yang sering berhenti di tepi jalan menurunkan kumpulan pelancong berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya memaklumkan perkara berkenaan kepada kementerian berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap masalah terbabit.

“Kita sudah maklumkan dan harap tindakan tegas dapat dikenakan terhadap bas pelancong haram yang sering berhenti di tepi jalan menurunkan, selain menunggu pelancong.

“Selain itu, masalah lain membabitkan kesesakan di sana , termasuk kaunter tiket bas ekspres yang ditempatkan berhampiran bahu jalan selain teksi serta kenderaan awam mengambil serta menurunkan penumpang,” katanya.

Beliau memaklumkan, antara pelan jangka pendek mengatasi masalah itu ialah meminta bas hanya berhenti 20 minit bagi menurunkan penumpang serta mengadakan laluan khas bagi teksi terus masuk ke Puduraya.

Dalam masa sama, beliau menolak kemungkinan kerajaan akan membina terminal baru menggantikan Puduraya kerana kajian dijalankan setakat ini mendapati, walaupun sesak, lokasi berkenaan paling sesuai.

“Untuk pengguna yang mahu ke utara tanah air, mereka boleh pergi ke Stesen Putra manakala bagi destinasi selatan pula, mereka boleh ke Bandar Tasik Selatan apabila terminal baru siap tidak lama lagi,” katanya.

Harian Metro, 10 Mei

Thursday, May 7, 2009

Raja Nong Chik prihatin terhadap peniaga

Raja Nong Chik nak bantu peniaga tulen? Dengar khabarnya begitulah. Rezeki datang dari perniagaan sememangnya murah dan berkat. Usaha-usaha membantu peniaga memang sepatutnya diberi keutamaan, kerana secara tidak langsung ia akan meningkatkan ekonomi negara yang sedang merudum sekarang.

Ini petikan berita yang saya ambil dari Utusan Malaysia Online.

------------------------------------------------------------------------------------

Hanya peniaga tulen dibantu

Oleh A. JAILANI ABDULLAH
kota@pengarang.utusan.com.my


KUALA LUMPUR 5 Mei - Peniaga kecil Melayu di ibu negara akan dibantu untuk dinaik taraf agar tidak terus berniaga di gerai-gerai kecil sahaja, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Katanya, usaha juga akan dilakukan untuk membantu golongan peniaga untuk menyara hidup yang kini berniaga secara haram.

Namun, tegas beliau, semua usaha membantu itu adalah untuk perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh peniaga Melayu sahaja.

"Memang ramai peniaga Melayu tetapi di belakang mereka orang lain. Mereka mendapat projek tetapi yang untung orang lain.

"Mereka ini bukan peniaga Melayu tulen. Sebelum ini, saya juga adalah golongan peniaga dan saya tahu peritnya kalah kepada peniaga bukan Melayu tulen ini," ujar beliau.

Ujarnya, peniaga kecil Melayu tidak seharusnya dibiarkan terus menjalankan perniagaan di gerai-gerai tepi jalan dan kompleks beli-belah sahaja, sebaliknya perlu diberikan peluang untuk memiliki kedai sendiri.

"Jika terus berniaga di gerai tepi jalan bila hendak maju," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Cawangan Kuala Lumpur ke-8 di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau akan meminta kerjasama agensi-agensi kerajaan lain untuk memastikan peniaga Melayu mempunyai aset kekal di ibu negara.

"Sudah sampai masanya kepercayaan diberikan kepada peniaga Melayu untuk memiliki premis yang disewa, contohnya daripada UDA Holdings seperti di Kompleks Pertama.

"Berniaga di dalam kompleks ini mempunyai risiko tapak perniagaan diambil balik, sewa dinaikkan dan sebagainya.

"Alasan bahawa takut untuk menjual lot kedai kepada peniaga bumiputera kerana mereka akan menjualnya semula kepada bangsa lain adalah tidak logik lagi... dulu mungkin tetapi sekarang orang Melayu telah berubah," tegasnya.

Raja Nong Chik berkata, beliau juga akan memberi tumpuan kepada kawasan yang ramai orang Melayu untuk membantu mereka menjalankan perniagaan yang berdaya saing.

"Kawasan-kawasan seperti di Kampung Baru, Lembah Keramat, Kampung Pandan contohnya, sudah lama dihuni oleh orang Melayu tetapi perniagaan mereka lebih tertumpu kepada membuka gerai.

"Jika dipindahkan ke bangunan yang cantik pula, kawasan itu mungkin tidak strategik dan mereka kehilangan pelanggan.

"Infrastruktur untuk menjalankan perniagaan di kawasan ini juga akan diperkemaskan," katanya.

Jelas beliau, oleh itu, kajian yang teliti perlu dilakukan terlebih dahulu agar bantuan dan perancangan ke atas golongan peniaga kecil Melayu ini tidak menjejaskan perniagaan mereka.

Katanya lagi, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga sedang melakukan kajian untuk memberikan lesen kepada peniaga sara diri yang terdiri daripada golongan susah, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) yang selama ini berniaga secara haram.

"Ada antara mereka yang berniaga satu atau dua jam di tepi jalan seperti menjual nasi lemak dan sebagainya untuk menyara keluarga. Mereka ini akan diberikan lesen.

"Perbincangan sedang dilakukan terhadap cara untuk mempercepatkan pengeluaran lesen, menghapuskan kerenah birokrasi dan sebagainya," jelas beliau yang menjangkakan hal itu akan diselesaikan dalam masa tiga bulan.

-Utusan

--------------------------------------------------------------------------------------

Tidak cukup dengan bantuan kebajikan kepada golongan kurang mampu di sekitar KL, kini bantuan dan kesenangan peniaga pula mendapat perhatian Raja Nong Chik.

Monday, May 4, 2009

Raja Nong Chik hendak atasi masalah banjir

Raja Nong Chik bukan sehari dua tinggal kat KL dan sebagai orang KL, cerita-cerita mengenai KL pasti dah lali di telinga Raja Nong Chik. Dari cerita setinggan, jalan rosak hinggalah cerita Plaza Rakyat hendak dinaiktaraf. Ini saya dengar cerita mengenai masalah banjir dan masalah banjir ni bukan cerita baru. Bukan satu tempat atau dua tempat di KL yang hadapi masalah banjir ni malah kalau buat tabung banjir, tak sempat berat tabung tu dah kena beri kepada mangsa banjir. 

Jadi, ini salah satu masalah yang terpaksa Raja Nong Chik hadapi, dan sebagai permulaan beberapa langkah telah beliau ambil sebagai langkah pencegahan dan untuk membantu mangsa dan bakal mangsa banjir. 

Ini berita lanjut saya ambil dari Utusan Malaysia Online.

--------------------------------------------------------------------------------

Usaha atasi banjir langkah berterusan

KUALA LUMPUR 1 Mei - Kementerian Wilayah Persekutuan bersama agensi-agensi kerajaan yang lain terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memastikan langkah-langkah pencegahan banjir dilaksanakan secara berterusan.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beberapa langkah pencegahan banjir jangka pendek dan panjang telah dan sedang dirancang bagi tujuan tersebut.

Antaranya, kata beliau, ialah menambahkan ketinggian tembok sedia ada di beberapa bahagian Sungai Gombak serta jumlah kolam takungan banjir di seluruh ibu negara.

"Semua langkah ini adalah untuk memastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan selesa,'' katanya selepas majlis penyerahan cek Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara kepada mangsa-mangsa banjir kilat Kampung Periok, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini, semalam.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nazrul Fazami Mohamad.

Pada majlis itu, sebanyak 58 keluarga mangsa banjir kilat dari kawasan terlibat menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 daripada kumpulan wang amanah itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, berbanding negara lain, Malaysia mempunyai satu sistem pengurusan bencana yang amat baik.

Ini, katanya, dapat dilihat daripada kewujudan Mekanisme Pengurusan Bantuan Bencana yang menetapkan tanggungjawab kerajaan bukan setakat mengurus bencana ketika kejadian berlaku, tetapi turut merangkumi usaha-usaha pemulihan.

Sementara itu, salah seorang penerima, Musalmah Marzuki, 63, berkata, sumbangan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanannya selepas kejadian banjir kilat pada 3 Mac lalu.

Katanya, akibat kejadian itu, dia menanggung kerugian termasuk kerosakan harta-benda yang dianggarkan mencecah ribuan ringgit.

Turut melahirkan rasa gembira ialah ibu kepada tujuh anak, Rasidah Yaakob, 40, yang sudah menetap lebih 10 tahun di kawasan itu.

Dia yang juga seorang surirumah menyifatkan sumbangan itu sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

"Walaupun jumlahnya tidak sebanyak kerugian yang ditanggung, kami tetap bersyukur dengan sumbangan ini,'' ujarnya.

Seorang penerima lain, Muhammad Hazrin Kamal, 27, tidak terkecuali mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa bersedia membantu golongan bernasib baik.

Sambil melahirkan rasa syukur, wang tersebut, katanya, akan digunakan untuk membeli keperluan bagi menggantikan barangan yang rosak akibat kejadian itu.

-------------------------------------------------------------------------------------

Memang penat jadi Menteri Wilayah Persekutuan, tidak cukup dengan masalah setinggan, masalah Plaza Rakyat dan Hentian Puduraya, ini pula masalah mengenai banjir. Kadang-kadang saya terfikir bijak tindakan Najib lantik menteri wilayah persekutuan dari kalangan orang awam, bukan saja senang dekati rakyat malah cara fikir pun demi kepentingan orang awam, seperti Raja Nong Chik. 

Monday, April 27, 2009

Raja Nong Chik ditemubual oleh wartawan Utusan

Raja Nong Chik kini 'kuli' warga kota

ARKIB : 25/04/2009

Oleh ZULKIFLI JALIL dan WAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY
(WARTAWAN UTUSAN)

SENATOR Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sedang merenung Tasik Putrajaya dari aras empat Menara Putrajaya Holdings (Pjh) ketika Utusan Malaysia yang diiringi pembantu beliau melangkah masuk ke bilik pejabat Menteri Wilayah Persekutuan, Rabu lalu.

Setelah disapa dan salam dihulurkan, sambil duduk di kerusinya, Raja Nong Chik, 56, mengakui cabaran sebagai menteri yang digalasnya kini adalah suatu tanggungjawab dan tugas yang berat.

Meskipun terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melantiknya ke jawatan itu tempoh hari, beliau bertekad membalas kepercayaan itu dengan berusaha lebih keras dan sedaya mungkin untuk mendalami dan menyelesaikan permasalahan warga kota.

"Dulu (sebelum Mac 2008) Barisan Nasional (BN) kuat dan sekarang kita masih juga kuat tetapi bezanya hari ini kita kena bekerja lebih kuat dan kerja kita itu kini dalam 'perhatian' rakyat. Saya sering mengingatkannya untuk diri saya," katanya.

Berpenampilan low profile, Raja Nong Chik barangkali kurang dikenali oleh mereka dari luar Kuala Lumpur. Tetapi bagi warga kota khususnya di Lembah Pantai dan Bangsar, sebut sahaja nama "Datuk Raja", pantas tersebar luahan tentang komitmen dan kesungguhannya dalam membantu menyelesaikan masalah setempat.

Berpengalaman luas dalam politik UMNO, daripada pemeriksa kira-kira di peringkat cawangan, ketua pemuda, ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, sehinggalah ke jawatan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai yang disandang sekarang.

"Kuala Lumpur bukannya asing buat saya, sejak kecil lagi saya sudah berada di sini meskipun saya berasal dari Taiping.

"Saya bersekolah dulu naik bas merata dalam KL ini, cuma satu perbezaan yang ketara saya nampak ialah daripada segi perpaduan kaum. Dulu saya dan rakan-rakan dari kaum Cina dan India sungguh akrab.

"Masalah jiran semuanya kami tahu tetapi kini percampuran kurang, duduk dalam flat sampai tak tahu ada jiran yang susah dan menghadapi masalah," katanya.

Sebab itu tegas Raja Nong Chik, matlamat beliau atas kapasiti jawatan Menteri Wilayah Persekutuan adalah mahu membasmi dan mengurangkan semaksimum mungkin kemiskinan di bandar.

Akur akan suasana politik Kuala Lumpur yang hampir kesemua kerusi Parlimennya di bawah pembangkang kecuali Setiawangsa, Labuan dan Putrajaya, Nong Chik menyasarkan dua masalah penting yang akan diberi keutamaan beliau untuk diselesaikan.

"Masalah perumahan untuk warga kota dan tapak berniaga," ujarnya ringkas.

Ditanya adakah beliau maksudkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkata:

"Ya, ketika ini ia disewa dan saya sedang dalam proses untuk membantu penyewa di situ membeli kediaman mereka."

Usaha untuk menukar syarat rumah sewa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini bagi membolehkan penyewanya membeli unit kediaman mereka pernah dibangkitkan untuk pertimbangan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Mac lalu - beberapa hari menjelang pilihan raya umum ke-12. Namun, perkara itu 'tergantung' sehinggalah diusahakan kembali oleh Raja Nong Chik.

Dianggarkan lebih 3,000 penyewa rumah PPR berhasrat membeli rumah berkenaan. Mengikut bancian DBKL, terdapat 20,000 setinggan melibatkan 3,689 keluarga tinggal di sekitar Lembah Pantai pada 2008.

Bagaimanapun sehingga hari ini sebanyak 3,189 keluarga telah dipindahkan dan yang belum berbuat demikian hanya lebih kurang 500 keluarga.

Raja Nong Chik percaya kira-kira 30,000 orang berminat membeli rumah PPR berkenaan.

"Saya baru mengambil alih (Kementerian Wilayah Persekutuan), Insya-Allah, kita ada prosedur-prosedurnya," katanya.

Bagi tapak berniaga pula, Raja Nong Chik berkata, dalam keadaan ekonomi yang suram ketika ini, beliau bertekad mahu memberi peluang kepada keluarga yang berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan.

"Dalam keadaan sekarang, sukar dapat kerja. Jadi, saya akan beri tumpuan supaya ruang-ruang berniaga diberikan secara maksimum khususnya di tempat-tempat strategik," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak bahawa perhatian serius akan diberi ke atas keberkesanan DBKL dalam menangani masalah warga kota. Ini kerana hampir 90 peratus aduan diterima oleh DBKL.

Antara isunya berkisar permintaan supaya ditambah kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sibuk, pusat beli-belah dan tempat tumpuan pelancong, kes pembuangan sampah dalam saluran air di kawasan tumpuan penjaja dan masalah banjir di beberapa kawasan yang memerlukan pembinaan tadahan air.

"Memanglah ada perancangan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota metropolitan berkelas dunia.

"Tetapi matlamat saya pada masa ini adalah untuk menumpukan kepada mereka yang berpendapatan rendah yang meliputi semua lapisan masyarakat," katanya.

Dan ketika Utusan Malaysia meminta diri, Raja Nong Chik beberapa ketika kemudian kembali melemparkan pandangan ke Tasik Putrajaya. Ia seolah-olah mengingatkan dirinya dan semua wakil rakyat BN bahawa begitulah mereka ketika ini - berada dalam 'perhatian' rakyat.

Saturday, April 25, 2009

Raja Nong Chik dan Najib tinjau masalah

Raja Nong Chik bersama timbalan beliau, M Saravanan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Fuad Ismail mengiringi PM kita, Datuk Seri Najib Razak meninjau masalah di sekitar Jalan TAR dan Puduraya.

Berikut adalah berita lanjut mengenai tinjauan di sekitar bandaraya tersebut.

----------------------------------------------------------------------------------

PM tinjau masalah


KUALA LUMPUR 25/04/09 : Tiga minggu selepas Datuk Seri Najib Razak turun padang untuk melawat tiga kawasan di tengah-tengah bandaraya, Perdana Menteri semalam melakukan satu lagi kejutan berjalan kaki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Puduraya yang sentiasa sesak dengan lalu lintas.

Beliau kurang senang dengan kesesakan itu dan ketidakcekapan kemudahan awam ketika melakukan tinjauan selama sejam, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.



Najib, yang berpakaian kasual berkemeja perang dan seluar cerah, tiba di Jalan TAR, dekat Semua House pada 3.20 petang, diiringi Raja Nong Chik, timbalannya Datuk M Saravanan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Di Jalan TAR, yang terkenal dengan kedai tekstil dan barang kemas, Najib diberi taklimat oleh Ahmad Fuad mengenai cadangan tempat letak kereta bertingkat berhampiran Semua House, dan beberapa rancangan menaik taraf lain di situ.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit berjalan di sepanjang lorong berkenaan sambil berhenti berbual dengan peniaga dan orang ramai.

Kemudian, beliau menaiki LRT yang penuh sesak dan terpaksa berdiri di stesen Masjid Jamek ke stesen Plaza Rakyat dan kemudian berjalan kaki di kawasan Puduraya yang terkenal dengan kesesakannya - di mana terletak terminal bas ekspres untuk perkhidmatan ke Utara dan Selatan tanah air.

Najib juga berhenti di sebuah gerai di bangunan itu mendapatkan minuman sejuk bagi menghilangkan haus berikutan cuaca panas.

Perdana Menteri yang diiringi sekumpulan pengawal keselamatan dan pegawai, menarik perhatian orang ramai.

Seorang wanita yang ternampak kelibat Najib lantas memboloskan diri di tengah-tengah kumpulan orang ramai sambil berteriak: "Saya mahu ambil gambar Perdana Menteri saya".

Najib kemudian bergerak untuk memeriksa bangunan projek Plaza Rakyat yang lama terbengkalai di sebelah Puduraya sebelum berlepas balik pada jam 4.25 petang.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Raja Nong Chik berkata, Perdana Menteri memandang berat mengenai kurangnya kemudahan dan kesesakan di tempat tertentu dan mahukan penambahbaikan dilakukan segera.

"Beliau mengalami sendiri, dengan berjalan kaki dan menaiki LRT bersama orang ramai, apa yang mereka terpaksa lalui setiap hari, seperti kesesakan dan pelbagai kesulitan lain, di kawasan sesak.

"Beliau berkata, masalah seumpama itu bukan petanda baik buat negara kita yang berusaha menjadi negara maju menjelang 2020.

"Beliau sudah mengarahkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan kementerian lain yang berkaitan menentukan kemudahan berkenaan dipertingkat," katanya.

Mengenai projek Plaza Rakyat, Raja Nong Chik berkata Najib mahu pemaju diberi kata dua menyiapkannya.

"Perdana Menteri mahukan kami memberikan had masa kepada pemaju menyiapkan projek itu. Jika mereka tidak dapat mematuhinya, kami akan tamatkan kontrak dan cari jalan lain.

“Beliau mahukan projek itu dijalankan semula secepat mungkin," katanya.

Projek, yang pada mulanya menelan kos RM1.2 bilion itu diabaikan selama 12 tahun selepas ia bertukar tangan beberapa kali. Pemaju sekarang ialah Global Upline.

Plaza Rakyat dirancang mempunyai tiga bangunan - 79 tingkat, 49 tingkat dan 21 tingkat untuk ruang pejabat, kondominium dan sebuah hotel murah.

Mengenai rancangan menaik taraf kemudahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengurangkan kesesakan di Jalan TAR, Ahmad Fuad berkata, tender projek tempat letak kereta bertingkat di kawasan 0.5 hektar itu sudah dikeluarkan dan kerja pembinaan dijangka bermula tidak lama lagi. - Bernama

------------------------------------------------------------------------------

Raja Nong Chik kini menjadi orang harapan kita agar dapat memajukan kawasan wilayah persekutuan. Apa-apa sekali pun andai Raja Nong Chik mampu mencapai objektif yang kita inginkan tapi rakyat sendiri yang tidak mahu kepada kemajuan tersebut, tidak ada gunanya juga. Oleh itu, marilah kita sama-sama membangunkan wilayah persekutuan bersama-sama Raja Nong Chik.

Friday, April 24, 2009

Raja Nong Chik dalam senarai ahli Majlis Tertinggi UMNO

Raja Nong masih baru dalam dunia politik. Baru saja mengumumkan rancangan 3 bulan turun padang. Setiap hari meninjau kehidupan penghuni kota wilayah persekutuan. Hari ini, Raja Nong Chik dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Makin bertambahlah kerja beliau nampak gayanya.

Sebenarnya, pada pendapat saya ia adalah satu tuah. Oh bukan saya kata Raja Nong Chik hendakkan kuasa. Sebagai menteri Wilayah Persekutuan, kadangkala kuasa lain diperlukan untuk membolehkan tujuan dan objektif dicapai. Dengan hasrat ingin melihat penduduk wilayah persekutuan hidup dengan selesa dan harmoni, saya percaya Raja Nong Chik akan menggunakan kuasa sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk kebaikan bersama dan membolehkan WP maju bersama UMNO (BN lah kiranya).

Ini petikan berita pendek mengenai perlantikan tersebut.

-----------------------------------------------------------------------------

Rafidah, empat menteri dilantik MT UMNO

24/04/2009 7:59pm

KUALA LUMPUR 24 April – Tan Sri Rafidah Aziz yang kalah dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO baru-baru ini, hari ini dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT).

Turut dilantik ialah empat menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Jamil Khir Baharom. - Utusan

--------------------------------------------------------------------------------

Tahniah diucapkan kepada Raja Nong Chik can semoga hasrat dan impian melihat wilayah persekutuan maju akan tercapai suatu hari nanti di bawah kewibawaan Raja Nong Chik.

Thursday, April 23, 2009

Raja Nong Chik dan 3 bulan turun padang

Raja Nong Chik berkata dalam satu lawatan beliau ke DBKL, dalam masa 3 bulan pertama ini beliau akan turun padang untuk bertemu dengan pemimpin masyarakat supaya hal ehwal masyarakat wilayah dapat didengar, dilihat sendiri oleh beliau. Bagi saya, satu pendekatan yang wajar. 

Jika kita perhatikan masyarakat Malaysia secara umumnya, terdapat 3 lapisan ataupun golongan masyarakat yang terdapat di Malaysia. Iaitu lapisan pertama adalah pemimpin utama seperti PM kita, para menteri dan seumpama dengannya. Manakala lapisan kedua adalah golongan yang juga pemimpin tapi bagi kawasan yang lebih kecil seperti ketua kampung, ketua kawasan dan seumpama dengannya. Manakala lapisan ketiga adalah orang umum, ya, seperti kita. 

Apa yang menyebabkan terbantutnya kemajuan sesuatu tempat ataupun keperluan orang umu tidak dihiraukan adalah disebabkan salah faham ataupun ketidak-sampaian maklumat antara 3 lapisan tadi. Oh maaf! Saya bukanlah hendak membuat kajian terhadap masyarakat Malaysia tapi cuma inilah yang biasa berlaku dan kadang-kadang ia tidak disedari. Jadi, apa yang kita boleh buat? 

Pada pendapat saya, antara 3 golongan ini hendaklah ada komunikasi antara satu sama lain, dan bagaimanakah itu? Rakyat luangkan masa pergi ke pejabat pemimpin utama? Wah! Nanti seperti tunjuk perasaan pula kalau satu kampung ingin bertemu dengan PM kita. Cara lain pula, pemimpin utama kita hendaklah turun padang bertemu dengan orang umum untuk melihat dan mendengar sendiri apa yang diperlukan oleh orang umum. Mungkin ada antara kita fikir, 'semua tempat perlukan lebih kurang sama saja iaitu tempat tinggal yang selesa, kemudahan yang baik dan seterusnya.'

Tapi yang perlu ditumpukan oleh lapisan pertama adalah luahan sebenar oleh orang yang tinggal di tempat berkenaan. Saya pernah tinggal di kawasan yang kurang diberi perhatian oleh ketua kawasan, amat merasakan isu ini amat penting untuk dipandang remeh oleh sesiapa sahaja. Kini, tinggal di KL dan mendapat tumpuan dari Raja Nong Chik seperti dapat cabutan bertuah. Betul!

Ini petikan akhbar online yang saya ambil dari Berita Harian Online

--------------------------------------------------------------------------------

Raja Nong Chik mahu pastikan penduduk di ibu negara hidup sejahtera 

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan memulakan tugas baru beliau untuk permulaan tiga bulan pertama ini dengan lebih kerap turun padang berjumpa pemimpin masyarakat di ibu negara bagi mengetahui masalah yang ada. 

Katanya, pendekatan itu sejajar dengan matlamat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahukan setiap pandangan dan masalah serta keperluan penduduk diutamakan bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat di negara ini.

“Untuk jangka masa pendek bagi tiga bulan pertama ini, saya akan turun padang berbincang dengan pemimpin masyarakat di sini untuk membincangkan beberapa masalah membabitkan penduduk termasuk masalah perumahan, penjaja, penyelenggaraan dan kemiskinan di ibu negara. 

“Saya juga akan mendekatkan diri atau lebih berkenalan dengan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memudahkan kerja sebagai satu kumpulan bagi merencana urusan di ibu negara selain mempersiapkan diri untuk prestasi kerja dalam masa sebulan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja pertama di pejabat beliau di DBKL di sini, semalam, selepas dilantik menjadi menteri terbabit menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada 9 April lalu. 

Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail; Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Phesal Talib. 

Raja Nong Chik berkata, dengan pengalaman yang ada sebagai Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, beliau percaya tidak akan berhadapan sebarang masalah untuk berjumpa dengan penduduk setempat untuk bersama mendekati dan menyelesaikan masalah rakyat pada peringkat akar umbi. 

Katanya, beliau juga memahami cara kerja yang dijalankan DBKL selama ini dan melihat peranan yang dimainkan DBKL perlu diperhebatkan lagi dari semasa ke semasa dengan memberi fokus utama terhadap kepentingan masyarakat. 

“Pembaharuan yang akan dilaksanakan ini adalah mengikut keperluan yang ada dari segi kewangan tambahan pula dalam keadaan dunia mengalami krisis ekonomi hebat dan ini termasuk matlamat dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya bertaraf dunia, ia memerlukan masa dan komitmen secara berperingkat. 

“Ia bukan sekadar ingin menjadikan ibu negara dikenali sebagai bandaraya berkelas dunia dan pusat perniagaan semata-mata, tetapi juga kita akan menggiatkan usaha ke arah pentadbiran dan keperluan penduduk dengan kerjasama beberapa pihak yang boleh membantu menjadikan Kuala Lumpur kota yang lebih tersusun,” katanya. 

Sementara itu, Ahmad Fuad berkata, pihaknya juga akan bersama-sama kementerian mendengar masalah dan pandangan masyarakat setempat selain mempertingkatkan beberapa mekanisme serta mengenal pasti ciri-ciri yang ada dalam menjadikan Kuala Lumpur bandar raya bertaraf dunia.

Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman

-------------------------------------------------------------------------

Raja Nong Chik banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan, dan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Dengan kerja-kerja beliau yang mungkin hingga tidak sempat untuk makan malam bersama keluarga, terlibat dengan kerja-kerja komuniti adalah merupakan satu yang patut sesiapa sahaja contohi. Saya bukanlah hendak mengampu Raja Nong Chik, tapi mungkin juga. Saya 'mengampu' Raja Nong Chik kerana pemimpin seperti inilah yang setiap kawasan perlukan. Itu maksud 'mengampu' saya. Terima kasih Raja Nong Chik!

Wednesday, April 22, 2009

Raja Nong Chik dan politik di Wilayah Persekutuan

Raja Nong Chik ingin menumpukan seluruh perhatian kepada tugas-tugasnya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, kerana beliau sedar bahawa tanggungjawabnya bukanlah kecil dan boleh dipandang remeh. Begitu banyak berita tersiar mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh Raja Nong Chik untuk memajukan kawasan-kawasan WP dan saya yakin itu semua adalah demi rakyat.

Berikut adalah petikan berita yang saya ambil dari myMetro mengenai soal kepimpinan UMNO di WP.

----------------------------------------------------------------------------------

‘Terserah kepada Presiden’

Oleh Kamarulzaman Pidamar@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: “Soal kepimpinan Umno peringkat Wilayah Persekutuan, saya serahkan kepada Presiden parti, (Datuk Seri Najib Razak). Terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai diminta mengulas mengenai jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, yang kini disandang Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Raja Nong Chik berkata, ketika ini, beliau mahu memberi tumpuan terhadap tugas yang baru disandangnya tidak sampai dua minggu lalu.

“Saya langsung tak fikir jawatan itu. Dapat jadi menteri ini pun, saya sudah bersyukur.

“Saya mahu tumpukan kepada tugas saya sekarang dan itu yang lebih penting,” katanya dihubungi di sini, semalam.

Zulhasnan, Ketua Umno Bahagian Setiawangsa dilantik Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah pada 2006 selepas dinaikkan pangkat Menteri Wilayah Persekutuan, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau sebelum itu timbalan kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sejak 2004.

Raja Nong Chik dilantik Menteri Wilayah Persekutuan baru menggantikan Zulhasnan dalam barisan Kabinet yang diumumkan Najib pada 9 April lalu.

Bagaimanapun, Zulhasnan mempertahankan jawatan dalam MT Umno pada pemilihan parti itu, bulan lalu.

Raja Nong Chik berkata, masih banyak perkara yang perlu ‘dipelajarinya’ terutama membabitkan tugas menteri.

“Saya baru dilantik tidak sampai dua minggu dan ketika ini tumpuan saya mengenal pasti selok-belok tugas di Kementerian Wilayah Persekutuan dan mengumpul maklumat mengenai masyarakat di sini.

“Ini penting bagi membolehkan saya berkhidmat lebih cekap selaras dengan slogan ‘Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan’ yang diperkenalkan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau memahami tugas berat dihadapinya terutama bagi merampas semula kerusi Parlimen yang jatuh kepada pembangkang pada Pilihanraya Umum lalu.

----------------------------------------------------------------------------------

Raja Nong Chik adalah salah sau pemimpin yang saya segani kerana sikapnya yang berterus terang dan rendah diri. Bukan sahaja pemimpin tapi sedangkan orang umum jarang mempunyai sikap sebegini. Lebih-lebih lagi sebagai seorang pemimpin, sikap inilah yang kita mahu iaitu sikap seperti Raja Nong Chik.

Tuesday, April 21, 2009

Raja Nong Chik dan kepercayaan rakyat

Raja Nong Chik pasti amat bersyukur jika beliau baca sesetengah blog penyokong yang rata-rata memang memberi kepercayaan penuh terhadap beliau..

Ini petikan yang saya ambil dari salah satu blog yang memberikan kepercayaan penuh terhadap beliau.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

"...Kementerian Penerangan diterajui oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim manakala Datuk Mukhriz pula menjawat Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Maka penantian itu terjawap dan aku tak sangka aku akan terkejut dengan satu nama baru yang memegang Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Datuk Raja Nong Chik aku kenali dengan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM). Masa aku penerbit SPM, beliau adalah tetamu yang sering aku undang terutama apabila bercakap tentang harga gula, beras dan tepung. Sebelum itu memang aku tak pernah nampak beliau diundang oleh kawan-kawan sekerja yang lain.

Aku suka gila kat beliau..Suka sebab beliau cakap fakta tanpa bunga-bunga cinta meliar dan kalau beliau rasa nak hentam sesuatu, beliau belasah aje. Sampai aku kadang-kadang separa gigil digaleri merisau implikasi biji butir perkataan beliau.

Tahniah la YM Datuk Raja Nong Chik..walaupun aku tahu dia tak akan baca catatan ini. Dan 2 keping gambar beliau yang AP-AP aku bagi satu masa dulu ada lagi terpamer atas meja kerja. Aku rasa Datuk Seri Najib buat 2 keputusan yang wajar. Satu tentang Datuk Mukhriz, satu lagi tentang YM Datuk Raja Nong Chik...."

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan ini adalah link ke blog tersebut.

http://apabilabainikhairimenulis.blogspot.com/2009/04/menteri-wilayah-persekutuan.html

Raja Nong Chik yang baru dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, ada yang memberi komen negatif, namun ada juga yang memberi komen positif seperti blogger di atas. Tapi rata-rata umum masih menyimpan komen masing-masing kerana Raja Nong Chik dikatakan masih baru dalam dunia politik.

Namun saya percaya itu bukanlah halangan bagi Raja Nong Chik untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara. Seperti mana blogger di atas, saya akan terus menyokong menteri WP kita yang baru ini, Raja Nong Chik!