Friday, July 31, 2009

Penjaja Kecil dan Penghuni PPR dapat berita gembira. Alhamdulillah.

Kata datuk raja nong chik -- "Kerajaan kita hari ini bukanlah kerajaan yang bersifat 'tahu segalanya' tapi kerajaan yang mendengar suara hati serta rintihan rakyat".

Beliau berkata begitu berikutan DS Najib mengisytiharkan 11 langkah membantu rakyat. 2 darinya berkenaan Wilayah -- penjaja kecil di WP dapat 50% diskaun bagi bayaran lesen dan Penghuni PPR boleh beli rumah yg mereka sewa sekarang.



Baguslah begitu. Kita harap bukan saja ini berterusan tapi langkah-langkah membantu rakyat ditambah dan ditambah lagi. Kita yakin jika keadaan ini berterusan, maka raja nong chik walaupun baru jadi menteri insyaAllah akan diingati rakyat Wilayah Persekutuan sebagai Menteri yang prihatin, rajin turun padang, mesra rakyat dan cekap bekerja.

Tuesday, July 28, 2009

Raja Datuk Nong Chik di Wikipedia

Sesambil membaca Wikipedia tentang Yasmin Ahmad, teringat saya nak tengok ada tak raja nong chik punya entry Wiki. Eh adalah, kat sini.



Setakat ni semuanya positif, baguslah. Nampak gayanya liputan Raja Nong Chik di internet majoriti elok-elok belaka. Saya yakin kalau dia terus ikhlas dan rajin buat kerja, tak ramai yang nak bantai, kecuali mungkin elemen-elemen yang cemburu dan takut akan kedudukan mereka. Ini termasuk org dalam UMNO sendiri. Biasalah orang Islam ni, Syaitan akan cuba pengaruh lebih, nak sesatkan.

Monday, July 27, 2009

Lagi ulasan positif untuk Senator Datuk Raja Nong Chik di Internet - kali ini dari insan TiongHua

Sebagai pendukung UMNO bahagian lembah pantai, kita bangga apabila ketua bahagian kita rajanongchik terima ulasan positif dalam dunia maya. Saya terjumpa penulisan ini oleh seorang yang bernama Low Keen Wai dari Blog SungaisiputBoy.

Ia mengenai Facebook Datuk Raja Nong Chik.



Thursday, July 16, 2009
Respectful Federal Territories Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


Raja Nong Chik Facebook Here

Since appointed as Minister in Najib cabinet line up, FEDERAL Territories Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Raja Nong Chik) have pledge to have facebook session on every Wednesday 6.00PM ~ 7.00PM. To date the live facebook session is still much alive.

I always follow his facebook session to see what KL folks concern about and how did Raja Nong Chik answer to all question....meaning all uncensored question directly from public. He actually answer very well. He also promised to further reply on most question which need him to investigate...

On 24 June 2009 I have send Raja Nong Chik a message regarding illegal restaurant at main entrance to Bukit Jalil recreation park (beside Sri Petaling LRT station. For me it is a public utility abuse by the management and the owner of restaurant....

Raja Nong Chik replied was he will investigate the matters and thanks for raising the matters....a typical answer from any polite government servants RITE.

Yet today received Facebook message inform Raja Nong Chik have replied my question.... Below is the transcript;

Soalan:

Low Keen Wai at 6:18pm June 24
Salam Bahagia Dato,

Ingin meminta perhatian Dato' mengenai Gerai "Illegal" di pintu masuk utama Taman riadah Bukit Jalil (Sebelah Sri Petaling LRT station).

Pintu utama masuk taman sesak, penuh asap (masak), Container 20' di tengah tengah dan ada pula kemudahan Karaoke. Yang lebih sakit hati, kolam sudah busuk(bahan sisa gerai).

Saya selalu bersenam di sana tetapi kini sudah 2 minggu saya tak ingin ke sana kerana bau busuk dan persekitaran yang bising.

Mohon perhatian baik dato

Jawapan:

Low Keen Wai, tks atas maklumat. DBKL telah membuat siasatan di tapak pada 1 Julai 2009. Didapati penjaja tersebut mendapat kebenaran menyewa kiosk daripada Perbadanan Stadium Merdeka.

Penjaja tersebut telah memohon lesen sebelum ini tetapi ditolak kerana tidak memasang perangkap sisa minyak. Beliau telah memohon semula lesen pada 1 Julai 2009 & memaklumkan bahawa 2 perangkap sisa minyak telah dipasang. Beliau juga berjanji untuk memastikan kebersihan premis.

DBKL akan sentiasa memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Maklumbalas dari tuan & orang awam juga amat dihargai di dalam membantu DBKL menjalankan tugasnya dengan berkesan.Harap Mr Low dapat meneruskannya.Tks

What can you say anymore...At least I feel satisfied after spending time to raise a complaint to government. And for the first time i really feel the enforcement really do something about it!
Posted By Sarjan low at 12:00 AM
Labels: Datuk Raja Nong Chik

Tuesday, July 21, 2009

Pegawai Penguat Kuasa Kanan DBKL sound towkey bas

Laporan dr Utusan. Ulasan saya selepas artikel Utusan.

KUALA LUMPUR 16 Julai – Pengusaha bas awam di ibu negara diminta turun padang dan melihat sendiri kerenah pemandu mereka ketika di jalan raya sebelum menyalahkan pihak berkuasa yang menyaman pemandu terbabit kerana melakukan kesalahan.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa Kanan DBKL, Ashari Ahmad berkata, pengusaha bas tidak akan tahu perangai pemandu mereka jika hanya duduk di pejabat dan mendengar cerita dari sebelah pihak.

“Tidak perlu sertai operasi kami tetapi cukup dengan meninjau sendiri sikap pemandu yang mereka upah,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Bersepadu Pengangkutan Awam dan Perdagangan (Ops Halang) di sini semalam.

Operasi siri lima itu membabitkan empat pihak berkuasa iaitu DBKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen.

Ia membabitkan 23 pegawai dan anggota dan diadakan di lima lokasi utama iaitu Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Tun H.S Lee, Lebuh Pudu, Jalan Hang Kasturi dan Jalan Silang.

Dalam operasi itu, walaupun pemandu bas terbabit menggunakan khidmat tonto, mereka masih gagal mengelak daripada dikenakan saman oleh pihak berkuasa.

Sebanyak 94 saman dikeluarkan sepanjang dua jam Ops Halang itu iaitu 54 saman oleh DBKL, 38 oleh PDRM dan dua lagi oleh JPJ.

Antara kesalahan yang dilakukan oleh pemandu bas ialah berhenti terlalu lama dan meletak kenderaan awam di garisan kuning sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas.

Dalam operasi itu juga, DBKL turut menunda sebuah kereta yang membuat halangan dengan diletakkan di garisan kuning.

Ashari berkata, jumlah notis kali ini menunjukkan peningkatan berbanding operasi sebelum ini dan ia dipercayai hasil perancangan terperinci yang dilakukan oleh pihaknya termasuk dari segi ketepatan waktu.

Tambahnya, operasi itu bertujuan mendidik pemandu bas dan teksi supaya mematuhi undang-undang jalan raya demi kebaikan dan keselesaan semua pihak.

Beliau berkata, statistik lengkap operasi itu akan dihantar ke Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk tindakan susulan terhadap pengusaha bas.

(Utusan)


Betul. Pesalahlaku nombor satu tak lain ialah MetroBus. Kenapa lah LPKP tak nak ambil tindakan lebih tegas?

Friday, July 17, 2009

'Akan ingat sampai mati'

"Terima kasih, terima kasih. Mak cik akan ingat hari ini (hari menerima tawaran rumah ini) sampai mati".
- Che Puteh Shuib, 63


Sayu betul lah baca hal makcik ni. Bila kita dapat respons sebegini, berbaloi benar rasanya masuk politik. Baguslah raja nong chik. ikhlaskan hati, insyaAllah usaha anda diberkati Allah.



KUALA LUMPUR 15 Julai - "Terima kasih, terima kasih. Mak cik akan ingat hari ini (hari menerima tawaran rumah ini) sampai mati".

Itu luahan pertama Che Puteh Shuib, 63, kepada wartawan Utusan Malaysia selepas majlis penyerahan surat tawaran rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Cempaka di Pejabat UMNO Bahagian Lembah Pantai, semalam.

Apa lagi yang diperlukan oleh seorang pesara seperti Che Puteh yang sebelum ini tinggal di setinggan Jalan Tepi Sungai Pantai Baru yang serba daif dan kekurangan.

Kawasan perumahan setinggan yang sudah didiaminya lebih daripada 30 tahun sebelum ini sememangnya tidak sempurna dan terdedah dengan ancaman keselamatan selain kebocoran atap yang kerap terjadi apabila hujan turun.

Che Puteh merupakan salah seorang daripada 11 penerima surat tawaran rumah PPR Sri Cempaka yang menerima surat tawaran yang sama.

Tambahnya, kegembiraan itu kini tidak dapat disembunyikan lagi apabila membayangkan kehidupan baru yang jauh lebih selesa bersama keluarga kelak.

"Mak cik tak sabar untuk berpindah. Difahamkan urusan perpindahan akan selesai dalam masa seminggu.

"Ia membuka lembaran baru di dalam kehidupan keluarga mak cik. Mak cik rasa ini saat yang tidak akan dilupakan sehingga akhir hayat," ujarnya.

Kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada majlis itu juga menambah keyakinan penduduk di Lembah Pantai tentang kesungguhan pemimpin mereka itu untuk membantu mereka yang memerlukan.

Kisah Che Puteh sebenarnya hanya cebisan daripada beribu-ribu kisah penghuni setinggan yang sudah diberikan rumah PPR oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Seorang lagi penerima PPR, Mohd. Zamri Mohd. Nor, 33, pula menyifatkan penerimaan surat tawaran itu sebagai tuah yang tidak disangka-sangka.

Katanya, kecepatan pihak DBKL memproses permohonannya dan kemudian ditawarkan rumah menyebabkan dia tergamam seketika.

Namun, dia kemudian sedar dan yakin bahawa masih ada pihak yang benar-benar ikhlas dan mahu membantu golongan sepertinya keluar dari kesusahan.

"Ini tuah keluarga. Kami berhutang budi kepada UMNO khususnya UMNO Lembah Pantai, DBKL dan Raja Nong Chik sendiri kerana menawarkan rumah baru ini.

"Ini kesungguhan yang harus diberi pujian, selama ini saya sekeluarga tinggal di rumah yang serba kekurangan. Perpindahan ini pasti menjadikan kami sekeluarga dapat hidup dengan lebih selesa," katanya.

Seorang lagi penerima rumah PPR, Azizie Razali, 32, berkata, penantian keluarganya selama ini seolah-olah didengar dan rintihan keluarganya yang tinggal di rumah setinggan telah terbela.

Dia yang sudah tinggal lebih 10 tahun di rumah setinggan berkata, tawaran rumah PPR itu menjadikan dia mahu bekerja dengan lebih gigih bagi meningkatkan taraf hidup keluarga.

"Sudah lebih 10 tahun saya tinggal di rumah setinggan. Kini kerajaan sudah membela nasib kami dan ucapan terima kasih harus diucap.

"Saya mahu bekerja dengan lebih gigih. Saya mahu mencari duit lebih untuk membeli perabot dan mencantikkan rumah baru kelak," jelasnya.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, baki kira-kira 100 lagi pemilik rumah setinggan di kawasan Lembah Pantai akan 'dibersihkan' dan nasib keluarga berkenaan akan terbela dengan menerima rumah baru dalam masa terdekat.

Jelasnya, sehingga hari ini, pihaknya masih berusaha untuk memastikan keluarga yang masih menetap di kawasan setinggan berpindah dan menikmati kehidupan yang lebih selesa.

"Kita akan beri rumah PPR kepada yang berkenaan. Kita akan bantu dan memastikan tiada lagi setinggan di Lembah Pantai dan Kuala Lumpur pada masa hadapan," katanya.

Tambah Raja Nong Chik, usaha yang dibuat akan diteruskan tanpa sebarang alasan penangguhan.

"Macam hari ini, kita sudah bagi 11 keluarga rumah baru. Mereka juga akan berpindah dalam masa seminggu dan menikmati kehidupan yang jauh lebih baik daripada sebelum ini,'' ujarnya.

Perpindahan itu kelak, katanya, akan membawa penduduk setinggan yang selama ini sengsara dan hidup dalam kekurangan kepada situasi yang lebih selesa.

"Sebelum ini mereka tinggal di setinggan yang tidak mempunyai kawalan keselamatan selain diancam pelbagai risiko termasuk bencana alam. Kini mereka boleh mengukir senyuman dan berpindah ke rumah baru tanpa sebarang kerisauan lagi.

"Jangan risau. Mana-mana penghuni setinggan di sini akan terbela dan kemudahan PPR baru nanti diharap memberikan lebih keselesaan, selain membuka mata semua pihak terhadap keikhlasan kami membantu warga miskin," ujarnya.

(Utusan 16 Julai)


Disebabkan perkara sebeginilah maka saya akan terus menulis untuk menyokong raja nong chik walaupun beliau sendiri tidak tahu siapa di sebalik blog ini. Yang penting, pemimpin UMNO yang begini harus disokong dan dibantu.

Tuesday, July 14, 2009

Raja Nong Chik isytihar Penambahbaikan Pudu Raya Bakal Siap sebelum Raya Puasa

Cayalah Raja Nong Chik. Puduraya siap upgraded b4 Raya Puasa. Dekat dah tu. Lama dah tak guna Puduraya, dulu masa sekolah tiap-tiap hari la jugak. Ada la sesekali pergi ambik orang, mak ai, tak boleh bayang orang yang kampung kat luar KL dan setiap minggu pakai Puduraya. Orang susah la yg banyak pakai, org mcm aku ni yg mampu pakai kereta jarang la guna.




Bagus lah Tok Raja! Prioriti kan projek yang meningkatkan tahap kehidupan orang kurang mampu!

Semoga prestasi kerja Raja Nong Chik yg laju mengalahkan bus ekspres dicontohi pemimpin UMNO dan BN lain di Wilayah!

Wednesday, July 8, 2009

Datuk Raja Nong Chik jadi contoh bagaimana berinteraksi dengan rakyat di Internet

Selepas PRU-12 rata-rata semua pemimpin tertinggi UMNO termasuk PM pada masa itu, Pak Lah dan juga DS Najib mengakui peranan internet. TV terutama Bernama sibuk memanggil pengamal media web seperti Nobisha menjadi tetamu bicara.

Tapi malangnya, lebih setahun pilihanraya bersejarah itu berakhir, kehadiran dan strategi UMNO di Internet masih sangat menyedihkan. Yang ada pun banyaknya cuma strategi negatif, iaitu mengutuk orang. Mengutuk ni bagus, tapi orang yang mengutuk tu nanti akan masuk neraka. So cari lah strategi yang positif.

Itulah pasalnya saya amat berbangga dengan Ketua Bahagian bahagian saya Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik yang sebaik dilantik menteri menggunakan berbagai pendekatan untuk berinteraksi dengan warga maya.

Raja Nong Chik ialah Menteri Kabinet pertama mengadakan Facebook hour yang mendapat sambutan hangat dan menggalakkan.

Facebook Datuk raja aktif dengan updates tentang apa yang beliau sedang buat seharian, beserta gambar-gambar dan sesekali video. Ruangan Notes juga digunakan dengan meluas namun tidak berlebihan, seperti facebook sesetengah politician Malaysia.

Beliau juga ada di Twitter, dan nampak gayanya agak aktif juga.

Selain itu Raja nong Chik juga ada Saluran TVnya sendiri di iaitu di http://www.youtube.com/user/RajaNongChik. Sudah ada berpuluh-puluh video diuploadkan di sana.

Gambar-gambar Datuk raja nong chik pula tidak diletakkan semata-mata di Photo gallery website beliau seperti yang dilakukan banyak politician lain, sebaliknya diletakkan di Flickr raja nong chik di sini, iaitu aplikasi photo-sharing paling popular di internet.

Sudah tentu Datuk raja nong chik juga ada blog sendiri di http://rajanongchik.com. Yang menariknya, blog raja nong chik relaks sungguh, tidak formal langsung, sama seperti blog 1Malaysia DS Najib.

Bukan itu saja, Raja Nong Chik juga ada akaun di MySpace dan juga di Friendster.

Dengan kata lain, strategi internet Datuk raja Nong chik cukup menyeluruh dan pemimpin-pemimpin UMNO lain patut cuba lah tiru-tiru sikit.

Sunday, July 5, 2009

Kenapa biadap pada orang yang nak tolong kita?




(Gambar2 diambil dari http://www.flickr.com/photos/raja_nong_chik/)

Amat kurang menyenangkan bila saya terbaca yang ketika Raja Nong Chik turun ke PPR Kerinchi sejurus kebakaran berlaku tempohari, ada seorang dari Parti Keadilan yang menendang kereta RNC sampai lekuk.

Dengarnya ini salah seorang mangsa kebakaran. Dia menyalahkan UMNO yang menyebabkan kebakaran. Bodohnya. Mungkin pasal busuk hati macam nilah yang menyebabkan Allah menjatuhkan bala ke atasnya. Tapi sebagai pemimpin untuk semua, para pemimpin Kerajaan termasuk lah Datuk raja nong chik terpaksa lah mengambil tindakan memaaf dan berbaik sangka. Jadi walaupun orang PKR tu tendang kereta beliau, raja nong chik still akan bagi rumah pada orang PKR tu. Mungkin kalau dia tak nak tak payah bagi saja. Orang lain pun susah juga bekerja siang malam, tapi tak ada can pun dapat rumah sewa harga 100 lebih je. Kena juga sewa tempat harga lima enam ratus sebulan. Saya cadangkan tak payah bagi je. Ingat nak hidup free je.

Tetap bantu tanpa kira politik

Oleh NORILA DAUD

pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Julai - Sebuah keluarga setinggan yang enggan berpindah selepas rumah mereka terbakar di Kampung Kerinchi dua hari lalu tetap akan menerima bantuan dan ditawarkan tempat di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, keluarga berkenaan akan dibantu walaupun menimbulkan kekecohan kerana enggan berpindah ke PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam.

"Saya percaya penduduk setinggan terbabit dan beberapa yang lain dipengaruhi pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga ada mendakwa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sengaja membakar rumah-rumah mereka,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan kewangan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan masing-masing sebanyak RM1,000 kepada empat keluarga mangsa kebakaran, di tempat kejadian di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis penyerahan bantuan kewangan dan surat tawaran rumah PPR itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merangkap Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan, Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Dalam kejadian dua hari lalu, rumah penduduk setinggan terbabit bersama empat rumah lain di penempatan setinggan Bukit B, Kampung Kerinchi di sini, hangus dalam kejadian kebakaran.
Katanya lagi, bantuan itu hasil usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) menolong penduduk di kawasan itu tanpa mengira kaum atau parti politik.

Bakti dan DBKL masing-masing menyumbang RM1,000 kepada setiap keluarga terbabit.

Sementara itu, mengulas kekecohan pada majlis penyerahan bantuan tersebut, Raja Nong Chik berkata, wanita yang membuat kecoh itu mendakwa dia tidak mendapat bantuan walaupun rumahnya hangus.

Sehubungan itu, katanya, masalah tersebut ada hubungkaitnya dengan tindakan suami wanita terbabit yang tidak menghendaki bantuan dan rumah.

Bagaimanapun, beliau berkata, wanita terbabit perlu mendapat persetujuan daripada suaminya sebelum ditawarkan rumah PPR.

''Dalam masa kecemasan, soal politik tidak timbul dan soal tidak bagi rumah juga tidak timbul langsung kerana kita beri bukan untuk mendapat kepentingan politik, tetapi hanya hendak membantu,'' jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Raja Nong Chik turut memberitahu, baki lebih 100 setinggan akan berpindah ke PPR Seri Cempaka pertengahan Julai.

Menurutnya, bagi kumpulan yang enggan berpindah, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa kerana tanah tersebut kepunyaan swasta dan pemilik boleh berbuat apa sahaja ke atasnya.

"Kita menawarkan rumah yang terbaik, kini disewa RM124 sebulan dan pada masa akan datang, mungkin akan dijual.

"Hampir 90 peratus atau kira-kira 400 setinggan bersetuju untuk berpindah dan pada fasa pertama, lebih 200 setinggan telah berbuat demikian, manakala bakinya dalam proses bancian dan urusan pengenalan," jelasnya.

Utusan malaysia

Friday, July 3, 2009

Raja Nong Chik daripada pandangan bloggers-bloggers ternama - Bahagian 4

Kalau dalam 3 posting sebelum ini saya cover 3 bloggers yang datang bukan dari parti datuk raja nong chik, iaitu 2 dari PKR dan 1 dari MIC, blogger kali ini memang datang dari parti datuk raja nong chik iaitu parti UMNO.

Tetapi inilah blog piece yang paling pedas dan kritikal dari bloggers yang hadir dinner bersama datuk.

Ini tulisan Syed Akbar Ali.



BLOGGER 4 - Syed Akbar Ali, ahli UMNO. http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/06/dinner-with-yb-dato-raja-nong-chik.html

Dinner with YB Dato Raja Nong Chik

By Syed Akbar Ali.


Yes the Bloggers did have dinner with YB Raja Nong Chik the Minister of the Federal Territory on Wednesday June 10th ‘09. And it was a good mix of Bloggers. There were the Right Wing Bloggers aka pro BN Bloggers (ultra right winger BigDog counts me as one of them) other wingers and also just Bloggers.

The other Bloggers were first of all Rocky’s Bru, Desiderata, My (Malaysian) Views, A Voice, I Am A Malaysian, De Minimis, Nuraina A. Samad, and Donplaypuks@.

I think first off Raja Nong Chik came across as the really new kid on the block in the Cabinet – he is a rookie Minister, taken out from Lembah Pantai straight into the Cabinet to hold the very important post of Minister of the Federal Territory. And he is learning the trade very quickly.

Although his functions oversee Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan the real plum in the pudding, the jewel in the crown is our Federal capital of Kuala Lumpur. But the thorn in the flesh and the pain in the behind is the Dewan Bandaraya Kuala Lumpur the DBKL.

RNC acknowledged this himself when he said that out of 10 questions directed at him in Parliament, up to eight of the questions involve the DBKL’s goof ups, wrong doings and just bungling things up.

The DBKL has over 12,000 staff and was given an RM2.08bil budget for 2009 of which RM1.21bil (58.2%) was allocated for administration and RM869.1mil for development. This is a huge organization that has become a monster.

Without a doubt the DBKL has also helped the BN lose 10 Parliamentary seats in Kuala Lumpur. I hope RNC and Dato Seri Najib Tun Razak will pay particular attention to the deepest inner workings of the DBKL. The DBKL also suffers unnecessary intervention from the local politicians especially Federal Territory UMNO which also complicates matters. All this better stop.

After meeting us on Wednesday, Raja Nong Chik would have met the Persatuan Peniaga Wisma Yakin on Thursday to hear their grouses about the DBKL.

I think RNC is doing the right thing by getting direct feedback from the ground about what is really happening around Kuala Lumpur. But listening alone is not enough. There must be solid action. Otherwise people will feel even more insulted.

Buying the Bloggers dinner for example will not swing anything. Last night someone else bought dinner for the Bloggers too and I think more dinners are on the way. Many of the serious Bloggers are middle aged folks who watch their diet, but they care a lot for the future of their kids and the future of this country.

I was able to put across some of my concerns and complaints about the DBKL. Before the sun never set on the BN. It was blue everywhere. Now the scenario has changed completely. It is no more BN everywhere. And people voted for change because the BN’s delivery is falling down.

A case in point which I told RNC is the approval of building plans and development projects. The Pakatan Government in Selangor can approve single unit bungalow developments in just one day (Shah Alam, Kajang etc). They have fully utilized the One Stop Centre approach set up by the old BN Government in Selangor.

In terrible contrast the DBKL takes more than six months to approve a single unit bungalow project. There are hundreds of files that are waiting, waiting and waiting to be approved. The delays are due to poor system management. Of course when there are delays other demons appear who may offer to grease the path to slipperiness.

Considering that each of those backlogged files is worth at least RM1.0 million, it means hundreds of millions of Ringgit worth of development projects are not taking off in Kuala Lumpur. If all these projects are approved quickly, Kuala Lumpur will be humming with construction activity. The City can be its own economic stimulus. The DBKL does not seem to understand this very well.

I told RNC that many people can now make out the difference between DBKL and the Pakatan Government in Selangor. And people are beginning to talk about it. Contractors, architects and engineers (and there are plenty Malays there too) prefer to work outside the Federal Territory, beyond the clutches of the DBKL. There is less hassle to make a living.

We also spoke about the road closures, the really dense and wasteful Bazaar project in Jalan Masjid India and the problems that this project has caused. RNC acknowledged that one of the problems with DBKL is that it is a ‘closed service’ – meaning the DBKL staff cannot be transferred out to other branches of Government. So there is little renewal or rotation of Staff. Hence over time the people in the DBKL become entrenched and guard their turf like ‘warlords’. Inertia sets in and it is difficult to ‘move them’.

This situation really has to change. The BN cannot win back 10 seats in the FT when almost every citizen who has dealings with the DBKL complains about them.

I hope RNC also has good and committed staff around him in the Ministry of the Federal Territory. He has set up a Facebook site where anyone can write to him. I had written to him about the long delay in getting approval for a small project I am doing in Kuala Lumpur. He replied and said that someone from his office would call me. That was a couple of weeks ago.

Well until today, even after Wednesday’s dinner, no one has called me yet. At the dinner I even met one of RNC’s junior officers who had been tasked ‘to call me’. The young man said he would give me the name and number of someone else and ‘Encik Syed boleh call dia’. I think it was taichi. Well its Friday today. Still no calls.

We can see a genuineness about Raja Nong Chik. We wish him well. He has spent a lot of time with the NGOs, fighting for the simple folks and helping them with their problems.

He is also very unassuming. After the dinner was over we all stood on the steps to say goodbye to him. I was expecting his bodyguards and driver to drive up but they were nowhere to be seen. He and the Mrs had driven over by themselves. And although there was ample space for VIPs to park their cars at the Lobby (Sime Darby Convention Centre) he had parked his car at the carpark outside the fence and across the road. So the Minister and his wife walked off by themselves in the dark got into their car and drove off.

I really wish great success at the Ministry of the FT.


Sperti yang saya kata tadi, tulisan Syed ahli UMNHO ini ialah tulisan paling panas dari semua bloggers yang hadir malam itu, walaupun 4 dari mereka memang kuat Pakatan Rakyat. Namun seperti biasa Syed Akbar Ali memberikan hujah yang jelas dan ikhlas, serta juga cadangan untuk membaiki keadaan. Kita harap raja nong chik ambik tindakan terhadap apa yg dinyatakan Syed.

Wednesday, July 1, 2009

Raja Nong Chik daripada pandangan bloggers-bloggers ternama - Bahagian 3

Sambungan dari bahagian 2. Ini pula copypaste dari blog http://www.pkamalanathan.blogspot.com.

Dia ni orang MIC, penyelaras Putera MIC. So beza dgn 2 yg sebelum ni iaitu dua-dua Pakatan Rakyat, kali ini orang MIC/BN pulak.




3. P Kamalanathan - http://pkamalanathan.blogspot.com/2009/06/yb-senator-dato-raja-nong-chik-dato.html

YB SENATOR DATO' RAJA NONG CHIK DATO' RAJA ZAINAL ABIDIN

It was indeed a pleasure to meet a very down to earth gentleman like Dato’ Raja Nong Chik yesterday over a dinner which was organized by All Blogs Malaysia (Thanks to Abang Rocky)

Infact it was my second time meeting Dato’ Raja Nong Chik, the first was during an ASTRO Awani – ‘Pesrpektif’ programm where I and Dato’ Raja Nong Chik was a member of the panel, in fact that meeting was good enough for me to note that this was the type of man Malaysians need and I must congratulate YAB Dato Seri Najib for appointing a learned and a enterprising man like YB Dato’ Raja Nong Chik as a member of his cabinet. His appointment into the cabinet would surely make YAB Dato’ Sri Najib’s agenda on 1Malaysia realized faster.

Following are some of the inputs that I have gathered about YB Dato’ Raja Nong Chik;


* His vision to make Kuala Lumpur not only a world class city but also a caring city is indeed commendable. He realizes the fact that poverty exist in the city and that steps are being taken to eradicate them as early as possible, thus, the CARING CITY


* He believes that bloggers can help in promoting Kuala Lumpur and in fact he has offered to assist in organizing an International Conference for Bloggers. This offer was welcomed and accepted immediately by All Blogs and we can look forward for an exciting conference soon.

* I was also impressed with his simplicity and how he explained that it took him nearly two (2) years to seek an appointment to meet a Minister. It shows at times, its not like what people think – if you are powerful and famous you can easily meet minister or top politicians.

* I see him as a very simple man – net very much as a politician but more as an NGO person. However, I must say that UMNO must utilize his talents and ability to build a stronger UMNO.

To YB Dato’ Raja Nong Chik – I wish you all the best and I am sure that with you we can develop and build a stronger BARISAN NASIONAL.


Sepertimana dua orang PKR sebelum ni, pemimpin MIC dan blogger otai ini juga memandang tinggi Raja Nong Chik. Sungguh menarik sekali, kerana bukan selalu ada pemimpin UMNO Wilayah yang ada appeal kepada pelbagai kumpulan orang.