Tuesday, July 21, 2009

Pegawai Penguat Kuasa Kanan DBKL sound towkey bas

Laporan dr Utusan. Ulasan saya selepas artikel Utusan.

KUALA LUMPUR 16 Julai – Pengusaha bas awam di ibu negara diminta turun padang dan melihat sendiri kerenah pemandu mereka ketika di jalan raya sebelum menyalahkan pihak berkuasa yang menyaman pemandu terbabit kerana melakukan kesalahan.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa Kanan DBKL, Ashari Ahmad berkata, pengusaha bas tidak akan tahu perangai pemandu mereka jika hanya duduk di pejabat dan mendengar cerita dari sebelah pihak.

“Tidak perlu sertai operasi kami tetapi cukup dengan meninjau sendiri sikap pemandu yang mereka upah,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Bersepadu Pengangkutan Awam dan Perdagangan (Ops Halang) di sini semalam.

Operasi siri lima itu membabitkan empat pihak berkuasa iaitu DBKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen.

Ia membabitkan 23 pegawai dan anggota dan diadakan di lima lokasi utama iaitu Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Tun H.S Lee, Lebuh Pudu, Jalan Hang Kasturi dan Jalan Silang.

Dalam operasi itu, walaupun pemandu bas terbabit menggunakan khidmat tonto, mereka masih gagal mengelak daripada dikenakan saman oleh pihak berkuasa.

Sebanyak 94 saman dikeluarkan sepanjang dua jam Ops Halang itu iaitu 54 saman oleh DBKL, 38 oleh PDRM dan dua lagi oleh JPJ.

Antara kesalahan yang dilakukan oleh pemandu bas ialah berhenti terlalu lama dan meletak kenderaan awam di garisan kuning sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas.

Dalam operasi itu juga, DBKL turut menunda sebuah kereta yang membuat halangan dengan diletakkan di garisan kuning.

Ashari berkata, jumlah notis kali ini menunjukkan peningkatan berbanding operasi sebelum ini dan ia dipercayai hasil perancangan terperinci yang dilakukan oleh pihaknya termasuk dari segi ketepatan waktu.

Tambahnya, operasi itu bertujuan mendidik pemandu bas dan teksi supaya mematuhi undang-undang jalan raya demi kebaikan dan keselesaan semua pihak.

Beliau berkata, statistik lengkap operasi itu akan dihantar ke Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk tindakan susulan terhadap pengusaha bas.

(Utusan)


Betul. Pesalahlaku nombor satu tak lain ialah MetroBus. Kenapa lah LPKP tak nak ambil tindakan lebih tegas?

No comments:

Post a Comment