Monday, August 3, 2009

Raja Nong Chik jamin Kawasan Rekreasi Tetap Dipertahankan

Semalam, hari Ahad, Raja Nong Chik turun ke Bandar Run Razak selepas menghadiri perasmian Floria 2009 di Putrajaya. Selepas Bandar Tun Razak, beliau ke PWTC pula untuk majlis UMNO Segambut. Begitulah seorang pemimpin yg bertanggungjawab, mesti rajin turun. Sambil dlm kereta pula beliau gunakan masa untuk membaca laporan pegawai atau berinteraksi dengan masyarakat secara langsung menjawab facebook.

Apa pun, yg menariknya semalam ialah jaminan Datuk raja nong chik untuk kekalkan kawasan riadah. Bagi saya, nukan saja patut kekalkan, tapi patut ditambah di semua tempat. DBKL kena kreatif - kalau tak cukup tempat utk padang besar, atau dewan, kenalah DBKL keluar duit sewa gudang dsb nya. Kalau pihak swasta boleh buat, DBKL juga boleh

Desa Tasik – Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin member jaminan bahawa kawasan riadah bagi penduduk di kawasan ini seperti mana yang telah dijanjikan akan dipertahankan.


Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang timbul daripada wakil penduduk di sini Datuk Amil Salleh pada Karnival 1 Malaysia yang berlangsung di sini semalam.


Katanya, beliau akan berusaha mempertahankan kawasan rekreasi ini seperti mana yang telah dijanjikan pihak pemaju dan akan mengkaji hal ini secepat mungkin.


“Saya akan minta pihak pemaju berkenaan agar tunaikan janji mereka kepada penduduk di sini dan bagi lain-lain masalah yang dibangkit ini akan saya kaji secepat yang mungkin,” katanya.


Beliau berkata, mengenai masalah bangunan flat yang tidak dicat akan dirujuk secepat mungkin dan penyelenggaraan bagi flat di bawah kerajaan baginya tiada masalah perkara itu diluluskan.


Namun, katanya, bagi flat swasta ia mungkin mempunyai komplikasi kerana perlu berhubung dengan kementerian lain dan beliau memerlukan masa untuk berbincang dengan Kementerian Perumahan Tempatan dalam mencari jalan penyelesaian.


Pada masa yang sama wakil penduduk turut menyerahkan tiga memorandum kepada Meteri Wilayah untuk memanjangkan masalah mereka agar ada jalan penyelesaiannya.


Antara memorandum yagn diserahkan termasuklah, ketiadaan kawasan rekreasi di sini seperti mana yang telah dijanjikan dan termaktub di dalam Pelan DBKL 2020.


Manakala, memorandum kedua pula adalah berhubung masalah penempatan penjaja di sini untuk dipindahkan ke Kompleks Penjaja Desa Tasik yang masih belum dapat dilihat lagi.


Seterusnya, memorandum ketiga kepada raja nong chik ialah permasalahan, flat yang usang tidak diselenggara dan dicat hampir 20 tahun.

(SINAR)

No comments:

Post a Comment