Selepas PRU-12 rata-rata semua pemimpin tertinggi UMNO termasuk PM pada masa itu, Pak Lah dan juga DS Najib mengakui peranan internet. TV terutama Bernama sibuk memanggil pengamal media web seperti Nobisha menjadi tetamu bicara.
Tapi malangnya, lebih setahun pilihanraya bersejarah itu berakhir, kehadiran dan strategi UMNO di Internet masih sangat menyedihkan. Yang ada pun banyaknya cuma strategi negatif, iaitu mengutuk orang. Mengutuk ni bagus, tapi orang yang mengutuk tu nanti akan masuk neraka. So cari lah strategi yang positif.
Itulah pasalnya saya amat berbangga dengan Ketua Bahagian bahagian saya Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik yang sebaik dilantik menteri menggunakan berbagai pendekatan untuk berinteraksi dengan warga maya.
Raja Nong Chik ialah Menteri Kabinet pertama mengadakan Facebook hour yang mendapat sambutan hangat dan menggalakkan.
Facebook Datuk raja aktif dengan updates tentang apa yang beliau sedang buat seharian, beserta gambar-gambar dan sesekali video. Ruangan Notes juga digunakan dengan meluas namun tidak berlebihan, seperti facebook sesetengah politician Malaysia.
Beliau juga ada di Twitter, dan nampak gayanya agak aktif juga.
Selain itu Raja nong Chik juga ada Saluran TVnya sendiri di iaitu di http://www.youtube.com/user/RajaNongChik. Sudah ada berpuluh-puluh video diuploadkan di sana.
Gambar-gambar Datuk raja nong chik pula tidak diletakkan semata-mata di Photo gallery website beliau seperti yang dilakukan banyak politician lain, sebaliknya diletakkan di Flickr raja nong chik di sini, iaitu aplikasi photo-sharing paling popular di internet.
Sudah tentu Datuk raja nong chik juga ada blog sendiri di http://rajanongchik.com. Yang menariknya, blog raja nong chik relaks sungguh, tidak formal langsung, sama seperti blog 1Malaysia DS Najib.
Bukan itu saja, Raja Nong Chik juga ada akaun di MySpace dan juga di Friendster.
Dengan kata lain, strategi internet Datuk raja Nong chik cukup menyeluruh dan pemimpin-pemimpin UMNO lain patut cuba lah tiru-tiru sikit.
Wednesday, July 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Senator YM Raja Nong Chik ni memang saya respek. Rajin turun padang, pandai bergaul dengan semua lapisan, tak sombong dan laju buat kerja. Baru 100 hari macam-macam dah jadi. Zulhasnan bertahun-tahun jadi Menteri boleh buat lagu dengan bendera je. Macam projek sekolah menengah. Pasal tu la kalah 10 kerusi.
ReplyDeleteJangan lah bantai Zulhasnan begitu. Walaupun blog-blog tajaannya mcm Wilayahkini dan budakkl2 sudah mula menyerang YM Raja, tak perlu kita ke arah itu.
ReplyDeleteTerimakasih kerana meluangkan masa komen. Blog tuan cukup mantap. Tulisan tuan hebat, tapi kenapa tak aktif menulis?