(Gambar2 diambil dari http://www.flickr.com/photos/raja_nong_chik/)
Amat kurang menyenangkan bila saya terbaca yang ketika Raja Nong Chik turun ke PPR Kerinchi sejurus kebakaran berlaku tempohari, ada seorang dari Parti Keadilan yang menendang kereta RNC sampai lekuk.
Dengarnya ini salah seorang mangsa kebakaran. Dia menyalahkan UMNO yang menyebabkan kebakaran. Bodohnya. Mungkin pasal busuk hati macam nilah yang menyebabkan Allah menjatuhkan bala ke atasnya. Tapi sebagai pemimpin untuk semua, para pemimpin Kerajaan termasuk lah Datuk raja nong chik terpaksa lah mengambil tindakan memaaf dan berbaik sangka. Jadi walaupun orang PKR tu tendang kereta beliau, raja nong chik still akan bagi rumah pada orang PKR tu. Mungkin kalau dia tak nak tak payah bagi saja. Orang lain pun susah juga bekerja siang malam, tapi tak ada can pun dapat rumah sewa harga 100 lebih je. Kena juga sewa tempat harga lima enam ratus sebulan. Saya cadangkan tak payah bagi je. Ingat nak hidup free je.
Tetap bantu tanpa kira politik
Oleh NORILA DAUD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 1 Julai - Sebuah keluarga setinggan yang enggan berpindah selepas rumah mereka terbakar di Kampung Kerinchi dua hari lalu tetap akan menerima bantuan dan ditawarkan tempat di Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, keluarga berkenaan akan dibantu walaupun menimbulkan kekecohan kerana enggan berpindah ke PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam.
"Saya percaya penduduk setinggan terbabit dan beberapa yang lain dipengaruhi pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga ada mendakwa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sengaja membakar rumah-rumah mereka,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan kewangan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan masing-masing sebanyak RM1,000 kepada empat keluarga mangsa kebakaran, di tempat kejadian di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis penyerahan bantuan kewangan dan surat tawaran rumah PPR itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merangkap Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan, Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.
Dalam kejadian dua hari lalu, rumah penduduk setinggan terbabit bersama empat rumah lain di penempatan setinggan Bukit B, Kampung Kerinchi di sini, hangus dalam kejadian kebakaran.
Katanya lagi, bantuan itu hasil usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) menolong penduduk di kawasan itu tanpa mengira kaum atau parti politik.
Bakti dan DBKL masing-masing menyumbang RM1,000 kepada setiap keluarga terbabit.
Sementara itu, mengulas kekecohan pada majlis penyerahan bantuan tersebut, Raja Nong Chik berkata, wanita yang membuat kecoh itu mendakwa dia tidak mendapat bantuan walaupun rumahnya hangus.
Sehubungan itu, katanya, masalah tersebut ada hubungkaitnya dengan tindakan suami wanita terbabit yang tidak menghendaki bantuan dan rumah.
Bagaimanapun, beliau berkata, wanita terbabit perlu mendapat persetujuan daripada suaminya sebelum ditawarkan rumah PPR.
''Dalam masa kecemasan, soal politik tidak timbul dan soal tidak bagi rumah juga tidak timbul langsung kerana kita beri bukan untuk mendapat kepentingan politik, tetapi hanya hendak membantu,'' jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Raja Nong Chik turut memberitahu, baki lebih 100 setinggan akan berpindah ke PPR Seri Cempaka pertengahan Julai.
Menurutnya, bagi kumpulan yang enggan berpindah, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa kerana tanah tersebut kepunyaan swasta dan pemilik boleh berbuat apa sahaja ke atasnya.
"Kita menawarkan rumah yang terbaik, kini disewa RM124 sebulan dan pada masa akan datang, mungkin akan dijual.
"Hampir 90 peratus atau kira-kira 400 setinggan bersetuju untuk berpindah dan pada fasa pertama, lebih 200 setinggan telah berbuat demikian, manakala bakinya dalam proses bancian dan urusan pengenalan," jelasnya.
Utusan malaysia
No comments:
Post a Comment