Wednesday, April 22, 2009

Raja Nong Chik dan politik di Wilayah Persekutuan

Raja Nong Chik ingin menumpukan seluruh perhatian kepada tugas-tugasnya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, kerana beliau sedar bahawa tanggungjawabnya bukanlah kecil dan boleh dipandang remeh. Begitu banyak berita tersiar mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh Raja Nong Chik untuk memajukan kawasan-kawasan WP dan saya yakin itu semua adalah demi rakyat.

Berikut adalah petikan berita yang saya ambil dari myMetro mengenai soal kepimpinan UMNO di WP.

----------------------------------------------------------------------------------

‘Terserah kepada Presiden’

Oleh Kamarulzaman Pidamar@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: “Soal kepimpinan Umno peringkat Wilayah Persekutuan, saya serahkan kepada Presiden parti, (Datuk Seri Najib Razak). Terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai diminta mengulas mengenai jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, yang kini disandang Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Raja Nong Chik berkata, ketika ini, beliau mahu memberi tumpuan terhadap tugas yang baru disandangnya tidak sampai dua minggu lalu.

“Saya langsung tak fikir jawatan itu. Dapat jadi menteri ini pun, saya sudah bersyukur.

“Saya mahu tumpukan kepada tugas saya sekarang dan itu yang lebih penting,” katanya dihubungi di sini, semalam.

Zulhasnan, Ketua Umno Bahagian Setiawangsa dilantik Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah pada 2006 selepas dinaikkan pangkat Menteri Wilayah Persekutuan, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau sebelum itu timbalan kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sejak 2004.

Raja Nong Chik dilantik Menteri Wilayah Persekutuan baru menggantikan Zulhasnan dalam barisan Kabinet yang diumumkan Najib pada 9 April lalu.

Bagaimanapun, Zulhasnan mempertahankan jawatan dalam MT Umno pada pemilihan parti itu, bulan lalu.

Raja Nong Chik berkata, masih banyak perkara yang perlu ‘dipelajarinya’ terutama membabitkan tugas menteri.

“Saya baru dilantik tidak sampai dua minggu dan ketika ini tumpuan saya mengenal pasti selok-belok tugas di Kementerian Wilayah Persekutuan dan mengumpul maklumat mengenai masyarakat di sini.

“Ini penting bagi membolehkan saya berkhidmat lebih cekap selaras dengan slogan ‘Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan’ yang diperkenalkan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau memahami tugas berat dihadapinya terutama bagi merampas semula kerusi Parlimen yang jatuh kepada pembangkang pada Pilihanraya Umum lalu.

----------------------------------------------------------------------------------

Raja Nong Chik adalah salah sau pemimpin yang saya segani kerana sikapnya yang berterus terang dan rendah diri. Bukan sahaja pemimpin tapi sedangkan orang umum jarang mempunyai sikap sebegini. Lebih-lebih lagi sebagai seorang pemimpin, sikap inilah yang kita mahu iaitu sikap seperti Raja Nong Chik.

No comments:

Post a Comment